Wednesday, April 2, 2014

Penganalisis Jenayah Dakwa Pesawat MH370 Sah Mendarat


Secara logiknya pesawat MH370 sudah mendarat di lokasi yang masih belum diketahui. Tidak ada sebarang klu yang menunjukkan pesawat MH370 telah terbakar atau terhempas atau dirampas.

Pencarian oleh negara-negara yang menguasai teknologi tinggi termasuk satelite pengawasan bumi tidak menemui sebarang kesan letupan atau hentakan kuat pada mana-mana lokasi di kawasan Asia.

Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan cukup teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan oleh radar.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu cukup berpengalaman dalam mengendalikan pesawat itu.

“Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.

1 comment:

  1. Media Barat yg. anti-ISLAM spt. CELAKANewsNetwork-FOCKNews-DailyMailJAHANAM/BBCELAKA itu memang disyaki dikuasai Mossad-CIA-MI6-NATO! Kat Malaysia ni ada ejen mereka dari EvangeliSStar dan MalaysiaKKKini, serta termasuklah DAPBANGKAI//PKRPELIWAT/PENGGANAS Red Bean!!

    Tapi, nasib baik ada Media Alternativ (label "teori konspirasi" adalah label si Illuminati Barat-ZIONIS utk. memburukkan dan menutup mulut Media dan mana-mana teori Alternativ), yg. cuba memberikan maklumat BENAR, termasuk dr. org. Barat sendiri, yg. amat bencikan kejahatan BUAS rejim Barat-ZIONIS/IsraHELL. Tapi malangnya, ada Menteri liberal Melayu tak lansung pedulikan maklumat ini - asyik nak dengar cakap rejim Barat!

    Lihat artikel amat BERNAS dr. wartawan Jepun Yoichi Shimatsu, yg. menyambungkan titik-titik penting misteri kehilangan MAS kita ini, termasuk kemungkinan penglibatan si ZIONIS Soros/IsraHELL, bukan shj. utk. menjatuhkan Iran (Israel juga berpengkalan dgn. Submarine senjata Nuklear di Diego GarCIA) tetapi kerana dendamnya yg. lama, pd. YAB Ayahanda Tun Dr. Mahathir kita – di http://www.sovereignindependentuk.co.uk/2014/03/28/latest-posts-role-of-israel-and-soros-exposed-by-mh370-twin-jet-in-tel-aviv-top-10-veterans-stories-in-todays-news-march-26-2014-adl-deceit-sinks-judgeship-t/ , Role of Israel and Soros Exposed by MH370 Twin Jet in Tel Aviv , By Yoichi Shimatsu, March 26, 2014!

    Dan ini berita seorang mangsa MAS, Philip Wood dr. IBM, yg. kononnya berjaya menghantar text rahsia, dan dikurung di Diego GarCIA, dan dari data taliponnya mungkin BENAR – lihat di http://beforeitsnews.com/alternative/2014/03/hijacked-ibm-engineer-successfully-dialed-out-of-diego-garcia-2928892.html , Engineer Successfully Dialed Out Of Diego Garcia, By Jimstonefreelance (Reporter), March 30, 2014!

    ZIONIS DAJAL Soros serta Rockefeller, adalah dari geng Rothschild, iaitu ketua pemuja SYAITAN Illuminati yg. menubuhkan IsraHELLl dgn. membunuh dgn. amat kejam secara beramai (Genocide) Bumiputera Islam Palestin, dan disyaki memulakan perang Dunia Pertama dan Kedua, serta membunuh Tsar Russia dan seluruh keluarganya, Pres. Lincoln dan Kennedy, Allahyarham Pres. Yasser Arafat, dan menjadikan Israel kuasa Nuklear, yg. paling bahaya ke atas Dunia Islam!

    Dan si FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat), yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS itu, yg. juga mempunyai ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean/DAPBANGKAI/PKRPELIWAT, yg. kesemuanya memang tak habis-habis nak mengalih perhatian dunia dari bukti penglibatan Diego GarCIA di tengah Lautan Hindi itu!

    Diego GarCIA ini sebenarnya adalah pengkalan tentera BAWAH TANAH- kongsi US-British-Israel-NATO yg. mungkin mengandungi senjata Nuklear (MAS disyaki di ‘hijack’ ke situ dulu, sebelum si Barat-ZIONIS ni bagi cerita palsu kat kita yg. MAS di'hempaskan' di Lautan Hindi, tetapi tidak akan dijumpai kerana Lautan Hindi itu sukar)!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.