Sunday, April 6, 2014

Perampas Pesawat MH370 Pandai Mengelak Daripada Dikesan Oleh Radar Tentera Indonesia


Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang dipetik dari laporan agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Pada 19 Mac, Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro berkata radar tentera republik itu di Sabang, Aceh, tidak mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang berkemungkinan telah terbang di ruang udara wilayah itu.

"Saya telah menerima laporan itu, sistem radar pertahanan udara di Sabang adalah sangat kuat, tetapi ia tidak kesan pesawat itu ," katanya kepada pemberita yang dipetik oleh agensi berita Antara.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.