Monday, April 21, 2014

Pesawat MAS Ke Bangalore, India Patah Balik Ke KLIA Buat Pendaratan Cemas


Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam penerbangannya ke Bengaluru (Bangalore) yang terpaksa berpatah balik, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Isnin.

MAS menerusi kenyataannya di Twitter memaklumkan bahawa pesawat Boeing 737-200 itu mendarat pada pukul 1.56 pagi, selepas salah satu daripada rodanya tidak dapat berfungsi dengan baik selepas berlepas.

Sebelum itu, MAS mengeluarkan kenyataan bahawa Penerbangan MH192, yang berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam ke Bengaluru, terpaksa berpatah balik.

Ia dijadualkan tiba di Bengaluru, India pada pukul 11.35 malam hari yang sama.

Pesawat itu membawa seramai 166 orang, termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal.

1 comment:

  1. Hampir 4 jam berlegar di angkasa Selat Melaka akhirnya selamat mendarat.Syukur kehadrat ALLAH SWT. Syabas Kapten !!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.