Wednesday, April 2, 2014

Peter Jackson Meminjamkan Jet Peribadinya Untuk Pencarian Pesawat MH370


Pesawat Gulfstream milik Pengarah Filem Lord Of The Rings, Peter Jackson sedang digunakan untuk membantu dalam operasi mencari pesawat MH370 yang hilang. 

Jackson berbesar hati memberi kebenaran kepada pihak pengurusan untuk menggunakan pesawat peribadinya bagi tujuan pencarian pesawat MAS yang hilang di lautan Hindi.

Syarikat yang menguruskan pesawat peribadi Jackson jenis Gulfstream G650 mengesahkan pesawat tersebut akan digunakan untuk membantu dalam usaha mencari melibatkan pelbagai negara dengan kebenaran daripada Jackson, menurut laporan Radio New Zealand.


Jet peribadi Peter Jackson membantu untuk memudahkan komunikasi antara pasukan pencari disekitar lautan Hindi.

Peter Jackson membeli jet peribadi pada tahun lepas dengan kos NZD80 juta atau kira-kira $69.000.000 USD.

1 comment:

  1. Org putih lagi murah hati dari Robert Kuok dan jutawan cina malaysia yg lain.... so boleh nampak warna sebenar puak2 mata sepet.... bab2 untung dapat blah... patriotik... jauh punngung dari api...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.