Tuesday, April 15, 2014

Polis Parah Kereta diTusuk Palang Besi


Seorang anggota Polis Bantuan nyaris maut apabila kereta dinaikinya dihempap dan ditusuk palang besi yang tumbang dirempuh lori tangki di Jalan Persiaran Setia, Subang Jaya, semalam.

Anggota terbabit yang masih belum dikenal pasti cedera parah tersepit dalam kereta Proton Inspira dalam kejadian kira-kira jam 7 petang.

Lori tangki itu dikatakan terlanggar besi palang had ketinggian jalan di laluan bertentangan sebelum tiang logam itu melambung dan menghempap kereta dinaiki tiga anggota Polis Bantuan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa berusia 30 tahun itu yang memandu kereta patah tangan manakala dua rakannya selamat.

“Anggota Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke Hospital KPJ Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu lori gagal dikesan selepas dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sebaik kemalangan, namun usaha mengesan sedang dilakukan,” katanya.

3 comments:

  1. dilihat kepada gambar tertera amat mengerikan. polis itu kenalah banyak bersyukur kerana tuhan belum temukan lagi dia dengan ajalnya.

    ReplyDelete
  2. GERAMnya aku - apahallah kat Malaysia ni, rakyat, terutamanya yg. miskin dari penunggang motosikal/basikal dan kereta kecil, serta majoriti mangsa adalah umat ISLAM/Melayu, dibiarkankan MATI KATAK/cedera kdg-kdg sampaii CACAT akibat dilanggar LORI/4WD/BAS BUAS?! Menteri Pengangkutan tu buat apa - tak dengarkah keluhan rakyat; sedgkan budak omputih Peranchis yg. tulis surat puji dia, bukan main dilayan sampai nak jumpa?!

    Patutnya Menteri Pengangkutan kena buat undg-undg SEKERASnya, utk. menghukum, bukan shj pemandu BUAS, tetapi juga TUANPUNYA bas/lori, kerana kebanyakan pemandu BUAS yg. diambil bekerja adalah disyaki dr. GENG KONGSI GELAP! Dan keluarga mangsa harus dpt. pembelaan serta pampasan sewajarnya (biar sampai bermillion - kalau mangsa 'fitnah' boleh senag dpt bermillion duit saman; apalagi mangsa kemalangan yg. jauh lebih malang) dr. TUANPUNYA lori/bas tersebut - baru mereka TAKUT pd. undg-undg! Tapi yg. asyik disalahkan hanya mangsa, pemandu dan lori/bas buruk!

    Di Barat pun, undg-undg adalah ketat, cthnya di Jerman, lori/bas mesti tetap di lorong paling perlahan dan hanya boleh di lorong laju utk. memotong, tetapi mengikjut had laju yg. ditetapkan. Dan lori mesti ada tanda amaran yg. cukup TERANG di belakang dan depan termasuk bila berhenti, kerana rosak dsbnya. Muatan juga perlu diikat dan dibungkus dgn amat cermat terutamanya bila bawa muatan besi dll yg. merbahaya - tak pernah aku tengok besi panjang TERJULUR dr. belakang lori ataupun pasir terdedah! Dan dari Sabtu malam hingga Ahad malam (10pm), lori tak boleh beroperasi kerana ingin memberi keselamatan yg. lebih terjamin utk. kereta dan bas penumpang utk bersantai hujung minggu!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).



    ReplyDelete
  3. Ini Polis Bantuan DRB yang bertugas di Proton Edar COE, mereka baru balik dari urusan menderma darah.

    Kedua rakan polis bantuan telah di bawa oleh Van ambulan milik Proton Edar ke KPJ, manakala apabila ambulan yang sama berpatah balik, pemandu masih tersepit disitu...lamanya bomba nak datang...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.