Tuesday, April 22, 2014

PR (PAS DAN PKR) Kesal Buat Fitnah Terhadap FELDA Jual Minyak Sawit Kepada Israel


PKR menyatakan rasa kekesalan yang amat sangat dan mengakui serta menerima hakikat bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak sawit atau menjalankan sebarang perniagaan dgn negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya Felda berurusniaga penghantaran minyak sawit mentah tersebut dilakukan hanya dengan negara Palestin.


Sebelum ini Presiden Pas Haji Hadi disahkan memfitnah calon PKR tentang pil kuda dan dijatuhi hukuman RM2 jutanamun mereka telah meminta mangsa fitnah melakukan kesalahan teknikal supaya hukuman itu dapat diketepikan oleh mahkamah.

PKR pula telah menyatakan kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda.


PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pd Mac 2010 menghantar minyak sawit mentah ke Palestin dan bukannya Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak sawait mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel seperti yang difitnah sebelum ini.

Untuk rekod, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yg bertajuk Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat. Pada edisi tersebut Suara Keadilan bertarikh 27 Nov yang menuduh Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel..!!

Pas juga tidak ketinggalan turut sama memfitnah Felda melalui portal rasmi mereka Harakah.
Walabagaimana pun rata-rata rakyat kesal kerana Felda tidak meneruskan saman terhadap PKR,Mazlan Aliman, harakah dan Saifuddin Nasution.

Felda yang diwakili oleh peguam terkenal Datuk Hafarizam menyelesaikan secara baik dengan tertuduh di atas seperti yang dilakukan terhadap Tian Chua dan Mustaffa Ali

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.