Tuesday, April 1, 2014

Prosedur Memintas Pesawat Tidak Dikenali Oleh Pesawat Pejuang


Prosedur memintas terhadap pesawat yang tidak dikenali semasa aman adalah sangat berbeza dengan prosedur pemintasan dalam semasa perang. Terdapat pelbagai sebab berlakunya pemintasan antaranya:

(a) mengenal pasti sebuah pesawat yang tidak dikenali
(b) memantau (tracking) sebuah pesawat tidak dikenali
(c) memeriksa pesawat tidak dikenali
(d) mengalihkan arah (divert) pesawat tidak dikenali
(e) mewujudkan komunikasi dengan kapal terbang tidak dikenali.

Dalam situasi pemintasan, pesawat pejuang hanya perlu mengenalpasti jenis pesawat melainkan maklumat-maklumat tertentu diperlukan seperti nombor siri dan sebagainya. 


Dalam mana-mana situasi krew pesawat pejuang akan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak mengejutkan krew pesawat yang dipintas.

Semua juruterbang pesawat dalam dunia tahu bagaimana nak bawa diri jika dipintas oleh pesawat pejuang. Sama ada masa itu mereka melakukan navigation error atau pun mereka itu perampas, mereka memahami prosedur jika dipintas. 

Aviator memahami jika mereka melakukan kesilapan dan enggan bekerjasama pesawat pejuang pemintas berhak bertindak dengan cara kekerasan.
1. Fasa satu ialah fasa merapat



Di waktu aman (maknanya bukan waktu perang) pesawat yang di pintas akan di dekati dari belakang.. istilah aviasinya ialah stern. Gohed (kedepan) Gostern (kebelakang) betul ke teori aku ni. Apapun dua pesawat pemintas akan di gunakan untuk melakukan pengecaman. .. dan kebetulan aku suke Su-30MKM maka MKM lah ia... Flight leader dan wingman akan koordinasi kedudukan mereka berpandukan arahan ground controler. Jarak selamat antara pesawat di tekankan dengan serius.


2. Fasa dua - Fasa Pengecaman






Merapat dengan lembut. Seperti merapat isteri di malam sumaat. Tujuannya supaya pesawat yg di pintas tidak terkejut. Pada ketika ini pesawat yg dipintas sepatutnya dah perasan Su-30MKM yang merapati beliau. Wingman pula akan stay di belakang memerhati mana patut.


3. Fasa Tiga - Fasa Pasca Pemintasan (maaf ini bing translate punya hal istilah betul dia ntah)




Sebaik sahaja flight leader berjaya melakukan pengecaman, beliau akan menjauhkan diri sedikit dari pesawat tersebut, lalu berlakulah dialog antara flight leader dengan ground controller bagi memastikan apa tindakan seterusnya yang perlu di lakukan. 


OK. perkara seterusnya susah nak explain sebab ia subjektif. Biasanya pesawat yang di pintas tak melakukan salah apa pun.. jadi biasanya tiada apa2 terjadi lah kan.


Apapun pilot pesawat yang di pintas, tak kiralah beliau tu baik ke atau tidak MESTI mematuhi arahan yang di berikan oleh pemintas, dan MESTI respon secara visual kepada pesawat pemintas. 


Komunikasi radio di buat antara pesawat yg di pintas dengan ground controller atau air traffic unit yang ada. Dalam situasi ini ground controller lah. Beliau akan berkomunikasi mengenai tindakan yang perlu di ambil, jika berlaku kecemasan dan sebagainya.

Sumber

1 comment:

  1. Tudm hantar jet F5E..3hari 2 mlm baru dpt pintas Boeing 777.....itupun 4 kali isi minyak air to air dr helikopter nuri...sori aku merapu sikit jgn mare.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.