Wednesday, April 23, 2014

Puak Mana Yang Tak Suka MB Terengganu Terlalu Mesra Rakyat


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said enggan memberi komen berhubung spekulasi kononya beliau antara yang tersenarai sebagai menteri besar yang akan ditukar.

Ketika ditanya, beliau bagaimanapun hanya menyifatkan spekulasi itu sekadar penulisan yang disiarkan di laman sosial sahaja. Namun ada puak yang kurang senang dengan cara MB Terengganu yang terlalu mesra rakyat.

MB Terengganu pula agak 'straight forward' dalam menguruskan dana daripada kerajaan pusat.

Banyak sangat taik-taik yang ditinggalkan oleh kepimpinan terdahulu seperti stadium runtuh membuatkan Ahmad Said lebih berhati-hati dalam meluluskan sebarang projek.

Bila ini berlaku maka ramailah puak-puak yang kurang senang dengan tindakan itu. 

"Saya tak nak komen, itu penulisan mereka . Itu yang saya boleh kata...nak buat macam mana," katanya.

Spekulasi itu dimulakan melalui satu tulisan rungan Bisik-bisik Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia (Utusan) Ahad lalu, yang menyebut sekurang-kurangnya dua menteri besar BN akan ditukar.

Antara yang disebut dalam senarai tiga teratas termasuklah Ahmad Said yang didakwa bakal diganti dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong Rozi Mamat.

Bagaimanapun, Rozi Mamat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia negeri tampil menafikan spekulasi tersebut dan menyifatkan ianya sebagai khabar angin.

Dalam beberapa lagi tulisan di blog, ada juga yang mengatakan cadangan pertukaran tersebut berpunca daripada 'geng Idris Jusoh' yang menyebut Ahmad membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus di semua peringkat.
Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu berikrar berdiri teguh di belakang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohd Johari Abu Bakar berkata untuk memperkukuh dan mengembalikan kegemilangan UMNO negeri, Pemuda UMNO harus memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan parti. 


Ahmad Said dikatakan terlalu mesra rakyat ketika banjir melanda negeri Terengganu beliau sentiasa bersama pasukan menyelamat untuk memberi bantuan yang sepatutnya sehingga beliau menahan lori yang membawa roti untuk diberi kepada mangsa-mangsa banjir

2 comments:

  1. org pas pun MB kasi projek. pastu tak terima kasih dan kutuk govt balik

    ReplyDelete
  2. Inilah akibat pengkhianatan si puak LIBERAL/GAY-si-PENJILAT KAPIR HARBI dlm. UMNO - yg. di masa hadapan, malangnya mungkin akan menguasai UMNO sbg. MAJORITI! Mereka tu kan tak biasa bercampur dgn. rakyat miskin (melainkan utk. PENIPUAN publisiti murahan-'photo-op') mahupun mendengar keluhan HARIAN mereka (bukan hanya waktu pilinraya atu pemilihan UMNO)!

    Lihat sajalah rakyat, terutamanya yg. miskin dari penunggang motosikal/basikal dan kereta kecil, serta MAJORITI mangsa adalah umat ISLAM/Melayu, yg. dibiarkan MATI KATAK/cedera kdg-kdg sampai CACAT akibat dilanggar LORI/kereta 4WD/BAS BUAS, akibat TUANPUNYA lori/bas/4WD ini dibiarkan ambil ramai puak pemandu mcm. dr. GENG-KONGSI-GELAP?! Sedangkan Menteri Pengangkutan tu buat apa - tak dengarkah keluhan rakyat; sedgkan budak omputih Peranchis yg. tulis surat puji dia, bukan main dilayan sampai nak jumpa?!

    Lihat seorg. lagi si LIBERALkairy-budak-mentah-berangan-nak-jadi-PM, yg. asyik dipuja EvangelisSStar, yg. asyik nak menghentam PERKASA atau mana-mana pihak yg. mempertahankan HAK Islam/umatnya, dan siapa yg. berani mengkritik dia, sebagai 'exteremis' atau 'berhaluan kanan'!

    Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/23/Khairy-extremists-exist-both-sides-political-divide/ :

    Extremists exist on both sides of political divide, says Khairy

    April 23, 2014

    MELBOURNE: Religious and political extremists exist on both sides of the political divide, and do not belong in Malaysian society, said Khairy Jamaluddin.

    "These extremists, whether they cause religious fanaticism or ethnic chauvinism, are the very forces that seek to divide us as a people.

    …."Without the liberal approach spoken in the Rukun Negara, which in spirit reflects the progressive and moderate political philosophy of the Datuk Seri Najib Tun Razak administration, we risk being held hostage to forces of extremism in our own political system at home.

    He advised students to to take the middle path and to engage a common narrative for the good of the nation.

    Khairy said it was important for Malaysians to take a moderate and progressive approach for the good of the nation.

    "To me, it's the only choice for Malaysia. I have to face accusations of political treason from the right of my party, but I persevere as does the Prime Minister, because we believe that we must never waver in our cause," he said…..

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).




    "

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.