Friday, April 4, 2014

Punca Sebenar Pak Lah Paling diawasi Oleh Amerika Syarikat


Punca sebenar Pak Lah paling diawasi Amerika Syarikat - Tun Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan beliau tahu telah diawasi Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Malah, mantan Perdana Menteri kelima itu juga berkata, beliau tahu seorang lagi rakyat Malaysia dipantau oleh agensi yang sama berikutan kaitan individu berkenaan dengan satu projek membabitkan dua negara yang dicurigai AS.

“Ketika itu, saya diminta mengesyorkan mereka (syarikat Malaysia) untuk mendapatkan projek di luar negara. Projek yang mereka minta itu di sebuah negara yang dicurigai oleh AS. Disebabkan itu, saya diheret dalam perkara itu."

“Ada lagi seorang, dia jual barang (dihantar dari Kuala Lumpur) yang dianggap tidak tidak diterima (oleh AS).”

Sabtu lalu, sebuah majalah mingguan Jerman, Der Spiegel mendedahkan satu dokumen rahsia bertarikh 2009, menunjukkan nama bekas Perdana Menteri berkenaan tersenarai dalam kalangan pemimpin dunia yang disasarkan NSA untuk pengawasan.

Dokumen itu yang didedahkan bekas kontraktor NSA, Edward Snowden kepada wartawan, turut menunjukkan nama 10 pemimpin negara lain, termasuk Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe. Der Spiegel melaporkan senarai penuh dokumen itu mempunyai 122 nama pemimpin dunia.

Abdullah yang yakin pengawasan itu dibuat disebabkan AS mengawasi setiap perkembangan di Asia Barat, berkata beliau bagaimanapun langsung tidak bimbang dengan tindakan berkenaan.

1 comments:

Anonymous said...

Mestilah langsung tak bimbang. Kan dah turut ugutan Amerika membebaskan Anwar dari penjara.

Negara jadi huru hara sebab sorang ni.

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.