Sunday, April 13, 2014

RBA Serang Menteri Komunikasi dan Multi Media



Posting yang dikeluarkan oleh laman Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ telah menaikkan kemarahan dan kekecewaan masyarakat India di Malaysia lantas dapat memusnahkan keharmonian masyarakat Malaysia.

Page tersebut telah memuat naik gambar masyarakat India yang berpusu-pusu mencium kaki dengan menulis kapsyen “Festival cium tapak kaki tuhan boroi peneguk todi ….hairanlah, kenapa puak-puak India ni sanggup habiskan masa dan wang semata-mata mahu menyembah tuhan yg tidak wujud ini ? kaki siap pakai inai. Hahahahahahah . Keling bodoh !!!!!!”.

Gambar yang dimuat naik pada 10 April itu telah dikongsi seramai 121 pengguna Facebook lain, dan mendapat telah sebanyak 32 ‘Like’.

Sementara itu bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Zabidi Saidi menafikan beliau terlibat dalam Facebook ‘1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ yang menimbulkan kemarahan masyarakat India semalam.

Katanya, beliau tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.

“Hari ini baru saya buka Facebook tersebut apabila saya dihebohkan cuba mensabotaj Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,” katanya 

Semalam saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa saya yang membuka Facebook itu dan sengaja meletakkan gambar yang menimbulkan kemarahan kepada masyarakat India di negara ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta ahli parlimen Kemaman itu membuat laporan polis dan biar polis dan SKMM menyiasat siapa di belakang Facebook tersebut.

“Saya buat penafian ini kerana saya dituduh cuba mensabotaj ahli parlimen saya,” katanya lagi.

Sementara itu Bernama melaporkan dari Alor Gajah, Melaka bahawa akaun Facebook ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ adalah berniat jahat dan langsung tiada kena mengena dengan saya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara itu.

Anggota Parlimen Kemaman itu berkata beliau juga akan membuat laporan polis tentang perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan akan meminta sendiri kepada pihak Facebook untuk memadam akaun tersebut.

“Saya terkejut bila nama saya digunakan untuk buka akaun ini. Sebenarnya saya tidak tahu langsung tentang perkara ini sebelum ini, daripada sana (akaun Facebook terlibat) membuat posting yang tidak sewajarnya dan dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau terdahulu menghadiri Malam Aspirasi Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sempena Bengkel Pemukiman Transformasi KKMM.

Akaun Facebook dengan nama ’1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Shabery Cheek’ membuat pelbagai posting yang menghina bangsa dan agama malah turut menghina institusi raja di negara ini dan Polis Diraja Malaysia.

Akaun itu didapati dimulakan pada 29 Mei tahun lepas dan sehingga berita ini ditulis akaun yang didakwa dikendalikan pentadbir bernama ‘Amran Pekida’ itu telah memperoleh 2,328 likes.

Ahmad Shabery berkata perbuatan menggunakan nama orang lain dalam akaun Facebook sememangnya telah banyak berlaku, justeru beliau meminta kepada orang ramai tidak terburu-buru membuat keputusan berkenaan posting dalam akaun seperti itu dan tidak tuduh-menuduh sehingga perkara tersebut dapat disiasat.

“Sebab itu (kita tekankan) konsep klik dengan bijak (bagi) mendidik
orang ramai supaya bijaksana membuat sebarang penilaian tentang apa mereka perolehi dalam mana-mana perkara dalam talian,” katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan SKMM tidak tegas dalam membendung perkara seperti ini, beliau berkata Malaysia pada masa ini mempunyai lebih 14 juta akaun Facebook yang merupakan antara jumlah tertinggi pemilikan akaun itu dalam sesebuah negara dan akaun itu ditadbir oleh pihak Facebook sendiri bukan SKMM.

“Oleh kerana kita amalkan sistem terbuka kita tidak boleh sekat Facebook, nak marah (akaun tertentu dalam) Facebook kita tutup semua itu tidak wajar atau membuat pendaftaran tertentu juga tidak wajar…ini tidak boleh dibuat dan boleh beri kesan negatif pada kita,” katanya.

4 comments:

  1. KAWALLAH INTERNET.

    ReplyDelete
  2. Bendunglah RBA... bila lagi? Tunggu kerajaan tumbang ke?

    ReplyDelete
  3. Akai mohong hampa sendirri bikin lps tu tuduh pembangkang puuuiiiihhhhhh

    ReplyDelete
  4. Akai mohong hampa sendiri bikin tuduh pembaangkaang pppuuuuuiiiiiihhhhhhh

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.