Saturday, April 26, 2014

Saiful Apek didenda RM2,500 Oleh Mahkamah Tinggi



Pelakon dan pelawak komedi terkenal, Saiful Apek didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah mahkamah berkenaan mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan empat tahun lalu.

Tiga lagi tertuduh, Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, yang merupakan pekerja di syarikatnya, Gitu-Gitu Production turut dijatuhi hukuman sama.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 30 September tahun lalu yang melepas dan membebaskan Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, dan tiga rakannya itu.

Nurchaya turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara selama enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Kesemua tertuduh yang hadir ke mahkamah semalam membayar denda berkenaan.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.