Thursday, April 17, 2014

Senarai Saman Toyota Alphard Yang dinaiki Oleh Karpal Singh Didedah


Kereta Toyota Alphard yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh awal pagi tadi dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 29 saman trafik dengan 15 daripadanya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju.

Senarai saman trafik melibatkan kenderaan tersebut kini menjadi viral di laman Facebook susulan tragedi di Kilometer 301 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar yang menggemparkan arena politik tanahair.


1. Keadaan jalan lurus / mendaki bukit 
2. Cuaca baik / gelap tanpa lampu 
3. Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan. 
4. Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas seperti dibawah:




Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi tadi, Karpal yang juga peguam kanan terbunuh dalam nahas yang turut mengorbankan pembantu peribadinya, Michael Cornandez manakala anaknya, Ram Karpal cedera parah.

Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila Toyota Alphard yang dinaikinya dipandu terlalu laju hingga hilang kawalan sebelum merempuh bahagian kanan sebuah lori yang sarat dengan muatan simen dan besi.


Beberapa laporan memetik kenyataan Ketua Polis Perak bahawa hasil keputusan ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu lori yang terlibat didapati positif ganja tetapi keputusan itu tidak konklusif.


Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh di kediamannya di Jalan Utama, Kebun Bunga, Pulau Pinang.



2 comments:

  1. Kalau dah begitu banyak saman macamana JPJ bolih hidupkan road tax kereta KS itu? Ternyata mendiang sangat kebal terhadap undang-undang yang sudah diwartakan walaupun parti pembangkang belum menjadi parti pemerentah. Bersih kah cara mereka ini sebenarnya? Sebab itu kah kereta alphard bolih di pandu laju kerana ternyata saman JPJ tidak mampu untuk berhadapan dengan "wira negara" pihak pembangkang?

    Tidak kah ini salah guna kuasa jugak namanya? Bersih sangat ke cara mereka ini ye? Mungkin ke motto Bar Council mereka adalah "Law are meant to be broken"? Keadilan jenis apa kah yang ingin mereka mempertahankan sebenarnya?

    ReplyDelete
  2. Agaknya apa keputusan ujian air kencing pemandu alphad........ada buat ujian tak ??????? Pemandu lori adalah mangsa langgar belakang.......jika lori ke kanan dah tentu alphad yang dipandu terlalu laju akan remuk rapat.....mengapa sebelah kiri jer yang remuk.......siapa mangsa sebenarnya......bagaimana keadaan isteri dan anak pemandu itu ????????

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.