Friday, April 4, 2014

Sesiapa Sahaja Yang Menyokong Pembangkang Pasti Akan Dibela Habis-Habisan


Begitu hebatnya gerakan yang dibuat oleh puak-puak pembangkang sehinggakan sesiapa sahaja yang menyokong kepentingan mereka akan dibela habis-habisan. 


Terkini puluhan peguam pembangkang bersedia untuk mewakili juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa di Mahkamah Tentera kerana membuat laporan polis berhubung dakwat kekal yang tidak kekal, ke mahkamah sivil.

Pembangkang berkata tindakan mendakwa Zaidi adalah tindakan mencemar hak asasi manusia dan melanggar hak perlembagaan.

Zaidi berhak untuk membuat laporan polis bila berlaku sesuatu yang dirasakan salah dan dakwaan terhadapnya bertentangan dengan hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat.

Peguam Pas Hanifa Maiden memberi amaran kepada Majlis Angkatan Tentera supaya menarik balik dakwaan itu dan menghentikan perkara ini atau menerima tekanan daripada kami," katanya.

Bersih 2.0 juga melancarkan kempen "Rakyat sokong Mejar Zaidi" untuk menyokongnya.

Pengerusinya, Maria Chin berkata, kempen sokongan kepada Zaidi dibuat melalui media sosial.

Zaidi kini didakwa atas beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 502(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur.

Beliau juga didakwa kerana membuat kenyataan media meluahkan rasa tidak puas hati mengenai dakwat kekal tanpa yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak Angkatan Tentera dan membuat kenyataan itu tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lalu.

Pendengaran kes beliau ditetapkan pada 8 hingga 10 April ini di hadapan enam ahli panel iaitu Kolonel Saadon Hasnan, Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.

1 comments:

Anonymous said...

Bersepah dah spesis ni dlm tentera terutama totok Pas

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.