Sunday, April 6, 2014

Setelah Membantu Kemenangan Nizar dan Khalid Samad Kini Hakim Pas Akan bantu Haji Hadi Pula



Dalam negara dituduh mengamalkan diskrisminasi ke atas pembangkang kononnya kerajaan mengawal dan membuat keputusan dalam setiap perbicaraan ke atas pemimpin pembangkang dimahkamah, Pas berjaya menyelinapkan seorang hakim yang berpihak kepada mereka.

Hakim Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof bukanlah tidak dikenali malah beliau pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket PAS dan terus aktif dalam parti itu walaupun selepas dia kalah dalam pilihan raya tersebut.

Sehingga kini Hakim Mohamad Ariff telah terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS untuk sesi 2007-2009, dan selain itu, penglibatan Hakim Mohammad Ariff dalam PAS ialah bertindak sebagai penasihat undang-undang dan peguam dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Apakah ini adil untuk rakyat Malaysia yang tidak menyokong parti Pas apabila berhadapan dengan hakim ini.

Dua kes yang diadili secara berat sebelah yang banyak memihak kepada parti Pas oleh Hakim Mohamad Ariff adalah kes Nizar saman TV3 kerana dakwaan fitnah berhubung laporannya mengenai tweet nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang telah berjaya dibida oleh Sultan Johor.

Satu lagi kes adalah saman Khalid Abdul Samad terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib.

Pada 12 Julai 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Dato Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.

Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah.

Tetapi hakim Pas Mohamad Ariff pula mengubah keputusan dengan mengarahkan Dato' Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid.

Sepatutnya Hakim Pas ini hilang kelayakan kerana penglibatan beliau dengan PAS. Bagaimana jika ada hakim terlibat dengan umno? Adakah Pas akan berdiam diri seperti yang umno lakukan sekarang?

Kini Hakim Pas Mohamad Ariff  sedang meneliti fakta kes Presidennya Haji Hadi Awang yang telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2 Juta kerana memfitnah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Sebab itu Haji Hadi tidak sedikit pun gusar dengan hukuman yang dikenakan kerana apabila dibawa ke mahkamah rayuan Hakim Pas Mohamad Ariff pasti akan membantu memenanginya.

Apakah rakyat akan bertindak terhadap hakim ini setelah pendedahan mereka tidak diendahkan

2 comments:

Anonymous said...

permainan politik pembangkang ..........masuk sebelah aku hampa adil dan saksama...... kalau aku bersalah terkeluar lidah depa menyalak kata keputusan mahkamah telah diatur olih UMNO. lebih kurang dengan amalan geng mana....RbApiG ..macam tu la...

Anonymous said...

Memang Hakim ni nak pelempang ni

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.