Saturday, April 19, 2014

Setiap Hari Jalan Sesak Wanita Maki Hamun Operator PLUS





Satu rakaman perbualan antara pengguna lebuhraya PLUS dan Operator PLUS mengenai kesesakan diLebuhraya Utara Selatan.

Rakaman ini dimuatnaik oleh operator PLUS sendiri apabila dirinya dimaki hamun dan dicaci dengan berbagai perkataan yang kurang enak didengar. Mungkin ramai yang lebih gemar memarahi wanita yang memaki hamun operator Plus tetapi adakah kita tahu masalah sebenar?

Ketika menghadapi suasana tegang sebegini apa sahaja boleh berlaku, jika diteliti perbualan antara pengguna PLUS dan operator bukan sekali dia menghadapi keadaan sebegini, malah boleh dikatakan hampir setiap hari. Dimana kecekapan Plus mengendali lebuhraya berbayar ini.

Oleh PLUS perlu perbaiki kelemahan yang ada kerana pengguna Lebuhraya membayar tol setiap kilometer, jika mereka menghadapi suasana sebegini dimana nilai wang yang dibayar oleh mereka.

Dengan cara wanita itu mungkin akan membuka mata pengurusan Plus memperbaiki pengurusan lebuhraya berbayar ini.

Beberapa pengguna turut sama memberi komen seperti dibawah



SEJARAH pembinaan jalan raya negara bermula pada tahun 1860 apabila Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membina jalan pertama menggunakan kayu balak yang diikat dengan rotan.

Jalan tersebut dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong di Kamunting ke jeti Teluk Kertang (kini Kuala Sepetang), Perak.

Jalan kedua pula dipercayai dibina oleh pekerja lombong bijih timah dari Ampang ke Kuala Lumpur.

Faktor lain jalan raya banyak dibina bertujuan memudahkan British mentadbir negeri-negeri di bawah pemerintahannya terutama Negeri-Negeri Selat.

Setelah merdeka, sistem jaringan jalan raya terus berkembang bagi menghubungkan lebih banyak kawasan.

Jalan-jalan tersebut kemudiannya dirujuk sebagai Jalan Persekutuan yang mempunyai satu lorong.

Jalan dua lorong pertama pula dibina di Jalan Gasing dan Jalan Universiti di Petaling Jaya sebelum Lebuh Raya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang dibina.

Mungkin ramai berpendapat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merupakan lebuh raya bertol pertama negara.

Pendapat itu tidak tepat kerana lebuh raya bertol pertama negara terletak di antara Slim River ke Tanjung Malim, Perak sebelum PLUS dibuka sepenuhnya pada tahun 1994.





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/laporan_khas/20120310/lk_01/menyingkap-sejarah-lebuh-raya#ixzz2zLFlzBR5
© Utusan Melayu (M) Bhd

3 comments:

  1. Aku setuju dengan akak ni..PLUS memang ikut suka nak tutup jalan..time keta banyak la dia tutup jalan..time pepagi buta tak nak tutup jalan..otak taruk kat punggung penggurusan PLUS ni..aku memang bengang dah lama dengan PLUS ni..tak kira weekend ke weekdays sama je masalah jem tutup jalan pasal buat kerja time waktu puncak..TOLOL bin BAngang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl.aku pn sokong akak ni.dulu2 taim xde waze,nk blk raya,kalau sebelum nk masuk tol pg kol dia tanye jln jem ke x,sume kate x jem.da masuk.hamekk.

      Delete
  2. First In the World !! – Teknologi Elektron : ‘Solar Etron Cell tech’
    Revolusi Terbaru Dalam Dunia Perubatan & Kecantikkan Moden !!
    Anda Pasti Teruja Dengannya !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.