Saturday, April 19, 2014

Sultan Pahang Akan Dicabar Oleh Anaknya dan Presiden PBNJ


Tiga calon sah bertanding untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada kongres, 25 Mei ini.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah akan dicabar Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Demikian diberitahu Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, tiga calon juga akan bertanding untuk merebut dua kerusi timbalan presiden iaitu dua Naib Presiden FAM ketika ini, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad.

Dalam pada itu, lapan calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden, 22 calon bertanding merebut lapan jawatan exco lelaki dan sembilan calon merebut dua jawatan exco wanita.

1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.