Tuesday, April 29, 2014

Syarikat explorasi Australia, GeoResonance dakwa temui MH370






Sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat MH370 yang hilang.

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide mula melakukan pencariannya sendiri pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi berdekatan Perth.

Pencarian itu meliputi 2,000,000 kilometer persegi zon kemungkinan berlakunya nahas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat, dengan pakar-pakar sains syarikat itu menumpukan usaha mereka di utara dari lokasi terakhir MH370 yang diketahui, menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu mencuba dan membantu." kata David Pope, jurucakap syarikat tersebut.

Pope menambah bahawa GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej yang diambil pada 5 Mac lalu, tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang dan mereka tidak mencari apa yang dikesan mereka di tempat itu.

"Bangkai itu tidak ada sebelum kehilangan MH370. Kita bukan cuba untuk mengatakan bahawa ia adalah pasti MH370, bagaimanapun ia merupakan petunjuk yang harus kita ikuti," kata Pope.

Seorang lagi jurucakap GeoResonance, Pavel Kursa menambah, beberapa elemen yang terdapat dalam pesawat komersial itu dikesan di kawasan Teluk Bengal.

"Kami mengenal pasti unsur-unsur kimia dan bahan-bahan yang membentuk satu Boeing 777... ianya adalah aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain," kata Kursa dalam satu kenyataan yang dipetik berita Australia 7News .

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.