Sunday, April 6, 2014

UMNO Kelantan Sokong Hudud Di Kelantan, Jangan Salahkan Umno Jika Pas tak Mahu Laksananya


Badan Perhubungan Umno Kelantan menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed. Umno akan membangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno nanti.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan oleh MT Umno sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Jelasnya, rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," katanya

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan.


Lepas ni jangan sering salahkan umno jika kerajaan Pas sendiri tidak mahu atau sengaja melambat-lambatkan perlaksanaannya.

Sebelum itu pengerusi Dap Karpal Singh tetap membantah hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas walaupun Pas mendakwa Dap telah faham sepenuhnya hukum hudud.

Karpal Singh mewakili semua pemimpin dan ahli Dap tetap bertegas tidak sesekali menyokong jika Pas membawa usul hudud di Parlimen.

Tetapi sebaliknya Pas sering menyalahkan umno dengan menuduh umno menolak hukum hudud sedangkan umno tidak pernah pun menolak, sebagai umat Islam kita akan menyokong setiap hukum Allah.

1 comment:

  1. syabas tok pa. demi kepentingan islam jangan kira perbezaan pegangan pilitik. lama kelamaan hudud ini akan berkembang kenegeri lain pula. biar serambi mekah dahulukan.
    Insyaallah Berjaya .

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.