Friday, April 11, 2014

Walaupun PAS Sujud Dikaki Lim Kit Siang, DAP Tetap Tidak Bersetuju Hudud Dilaksanakan


DAP hari ini menegaskan tetap dengan pendirian untuk tidak bersetuju pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan kerana ia bukan sebahagian daripada persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR).

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pendirian parti itu tetap tidak akan berubah dan sebagai salah satu parti komponen PR, mereka berhak memberikan pendangan.

"Sememangnya DAP tidak bersetuju hukum hudud dilaksanakan sejak dahulu lagi kerana ia bertentangan dengan budaya dan bukan sebahagian daripada kerangka dasar yang dipersetujui bersama PAS dan PKR," kata Lim pada sidang media di Ibu Pejabat‎ DAP, Kuala Lumpur.

Ditanya adakah pemimpin PAS pernah berbincang dengan DAP mengenai isu tersebut Lim berkata sekali lagi parti itu hanya akan mengikuti dasar konsesi polisi bersama PR.

“Pendirian kita sangat jelas dan mudah dan parti PR juga faham akan itu, bagaimanapun agak menyediakan ada yang tidak faham dan sengaja memperbesarkan perkara mengenai pelaksanaan hukum hudud. 

"Pas sepatutnya faham dengan pendirian kami kerana itulah faktor yang menyebabkan Pas diterima masuk ke dalam Pakatan Rakyat"

Sebelum ini ‎kerajaan PAS Kelantan melalui ahli Parlimen parti itu dilaporkan bakal membawa usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

‎Bagaimanapun DAP lantang membantah tindakan itu dengan berkata pendirian tersebut ditetapkan sejak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani pada tahun 2011.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata sebahagian besar jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code).

Manakala bekas pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun menegaskan, DAP bertegas membantah rancangan kerajaan Kelantan tersebut dengan mendakwa hukum hudud tidak sesuai diamalkan pada zaman sekarang.

Sementara itu demi mengambil hati DAP seluruh pemimpin Pas Selangor sebulat suara di DUN Selangor mendesak kerajaan memulangkan bible berbahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia(PBM) dengan kadar segera.

Sebelum ini Haji Hadi Awang pernah mendakwa bahawa kesemua pemimpin DAP sudah menerima dan faham tentang hukum hudud. Inilah tarbiah yang telah dilaksanakan oleh Pas terhadap DAP selama ini dan ianya membuahkan hasil.

Bukan itu sahaja pemimpin Pas sanggup melakukan dosa menipu rakyat terutamanya umat Islam yang mengatakan Lim Guan Eng akan memeluk Agama Islam sedangkan Lim Guang Eng sendiri tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian.

Akhirnya kesemua umat Islam mengundi Lim Guan Eng dan seterusnya menjadikan kemenangan Guan Eng dengan majoriti yang amat besar hasil penipuan PAS.
 

6 comments:

  1. Admin menulis dlm keadaan hati tersirat dgn syaitan penuh sindiran pada pas sepatutnya menyokong hasrat negeri kel.saya percaya admin pun tak setuju dgn hasrat ini inilah kerjaa macai umno putar belit tak habis habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas pis pus ko biul mmg biul

      Delete
  2. Aku nak tengok sejauh mana wayang puak puak PR ni, Dulu dah keluar Hudud tiada dalam agenda PR, Siapa yang Tandatangan dalam konsesus tertinggi PR ini adakah Presiden PAS sendiri.Kalau dah tiada dalam agenda PR dan di bantah dengan sekeras kerasnya oleh Lim Kit Sian dan Anuar Ibrahim buat apa nak permainkan isu agama lagi.Kepada ustaz2 Pas bila bagi ceramah dekat surau atau masjid masukan sekali bukan UMNO saja tapi Anuar ibrahim pun tak sokong hudud.Buat masa sekarang UMNO dah bagi green light.Apalagi alasan PAS.

    ReplyDelete
  3. Walaupun dap sujud d kaki pas utk minta tak d laksanakan hudud pas tetap akan teruskan laksanakan hudud d kelantan..skrg kita nak lihat sikap dan pendirian ahli dan mp umno dlm hal ini setuju atau tidak

    ReplyDelete
  4. Nnt dlm parlimen kita tengok siapa yg main wayang kelantan sdg buat persediaan tp macai umno dh tabut suara syaitan

    ReplyDelete
  5. sabar. sabar semua. tak kira UMNO atau PAS. kita sama2 tunggu pas bentangkan enakmen hukum hudut yang di buat olih pas. sudah dibentangkan tentu ada perkara2 yang mungkin perlu dibaiki atau di tokak tambah. mungkin juga perlu mendapatkan pandangan pakar2 hukum hudud peringkat antarabangsa. bila semua dah selesai ....jalankanlah undag2 islam hudud dinegara ini. puak kapir lahanat tu peduli apa. biar depa menyalak. sesama islam kena terima hukum Allah.
    politik tu politik lah. tapi tentang hukum Allah melayu islam semua mesti bersatu tanpa kira parti. niat kerana Allah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.