Tuesday, April 8, 2014

Zahid Tawar RM501 Kepada Sesiapa Yang Berjaya Menampar Yong Teck Lee



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

"Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

"Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik. 

2 comments:

  1. tajuk tak sama dengan isi. siapa yang nak di tampar ?

    ReplyDelete
  2. tengok melayu . dalam cerita diatas cina tu nak tampar zahid sebab orang cina kena culik. semangat macam ni nipis sangat pada melayu. melayu kena berubah. bukan nak suruh bersikaf terlalu extreme pula. tapi cukup dengan memandang saudara terhadap sesame melayu. jaga kerajaan melayu. yang tak betul bagitahu - apa yang tak betul. bukan dengan menuduh itu rasuah, itu lemah, itu tak adil dan macam2 lagi. mengerohkan keadaan. bagi tau rasuah tu dalam bentuk apa , besar mana rasuah , siapa rasuah. kami UMNO pun nak tau juga . tuduh buta tu macam orang tak ada akal. lain kali kalau hampa dok berkempan tuduh2 saja tak payahlah. orang tak minat. apa2 pun orang bijak mau fakta dulu baru percaya. al jub tu ada fakta jelas dan nyata di mahkamah . kecik anak ke karrpall tu. dia pun percaya. tapi sibodoh dungu tetap memuja sipongliwt tu siang malam anugerah tuhan - tuhan mana tak taulah pula....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.