Friday, April 11, 2014

Zahid Wajar Saman Ahli Parlimen Dap Ng Wek Aik Kerana Memfitnah Beliau


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau memberikan kerakyatan kepada 500 pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Tetapi beliau berkata, hanya tiga pemegang pasport BOC dari Malaysia dibenarkan pulang sehingga kini dan ketiga-tiga mereka dikeluarkan Pas Residen dan bukan taraf kewarganegaraan.

"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport melainkan berdasarkan jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik bertarikh 3 April 2014 yang disalahertikan.

"Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang (jumlah keseluruhan pemegang pasport BOC dari Malaysia) seperti yang dilaporkan dalam media adalah tidak benar. Kerajaan Malaysia akan memberikan kemudahan Imigresen kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada rakyat Malaysia atau warga asing sejajar dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya pada Jumaat.


Media sebelum ini melaporkan kenyataan anggota Parlimen Tanjung dari DAP, Ng Wei Aik yang mendakwa kerajaan bersetuju untuk membawa pulang 500 bekas rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka untuk menjadi warganegara United Kingdom (UK).

Ahmad Zahid menegaskan bahawa pengeluaran Pas Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan.

Beliau menambah, berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia.

"Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, pemegang pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang memilih untuk melepaskan taraf kewarganegaraan bagi memohon sebagai warganegara UK.

Beliau berkata, mengikut British Nationality Act 1981 (BNA 1981) yang dipinda pada 4 Julai 2002, mereka hanya akan diberikan kewarganegaraan UK jika mereka telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 2002.

Ahmad Zahid berkata, Pas Residen hanya merupakan kebenaran yang diberikan kepada warganegara asing untuk tinggal di Malaysia untuk tempoh lima tahun dan boleh memohon untuk disambung setiap lima tahun.

"Pas Residen perlu dimohon semasa berada di UK melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, dan hanya boleh berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diteliti dan diluluskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Pas Residen akan ditampal dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan mereka melapor diri," katanya.

Tambahnya lagi, penyediaan kaunter khas itu memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang Imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah.

Jika benar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi difitnah oleh Ahli Parlimen Tanjung Ng Wek Aik, Zahid wajar failkan saman fitnah terhadap pemimpin Dap tersebut.

9 comments:

  1. Kalau betul Zahid Hamidi tidak menawarkan kewarganegaraan kepada 1000 Cina yang anti nasional syukurlah. Dari maklum balas yang diterima nyatalah orang Melayu tidak mahu Umno berkompromi dengan bangsa2 pendatang. Apakah Najib dan Umno tak belajar dari tindakan kaum pendatang yang sokong DAP tolak MCA dan Gerakan dalam PRU 12 dan 13? Dalam PRU 14 pun mereka akan terus sokong DAP juga. Jangan terlalu bermanja sangat. Perlu mengetahui minda Cina dan India dan perlu tahu bagaimana Cina menguasai ekonomi dan politik di kebanyakan negara2 Asia Tenggara di luar Beijing. King Rama Thailand menggelar Cina sebagai Yahudi Timur kerana sikap dan perjuangan mereka mirip dengan zionime Yahudi.
    Jangan ingat tanpa Cina negara Malaysia tidak maju. Kemajuan sesebuah negara bukan terletak pada kaum peendatang tapi pada dinamisme, sikap hidup dan keyakinan diri yang terpahat dalam watak bangsa Melayu. Jangan jadi Melayu berjiwa pengemis, cari habuan melalui politik hingga sanggup melacurkan diri dan bangsa serta agama kerana mengejar harta dunia. Melayu perlu muasabah. Insaflah. Jangan mengharapkan bangsa2 lain hendak membantu Melayu. Jangan jadi Pak Kadok menang sorak negara tergadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakan babi harbi akan tetap sokong pemakan babi harbi juga.

      Delete
  2. Kata pepatah Melayu "jangan pikul biawak hidup". Biawak2 yg dok menyalak dlm parlimen dan guling2 atas jalan pun dah buat banyak masalah kpd negara

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu diorg boleh hina negara kita,, apa jminn yg diorg takkan buat lagi??

    ReplyDelete
  4. Saman jgn tak saman! Cukup dengan amaran selama ini! Kami dah bosan! Melayu dibodoh bodohkan cina saja! Gunakan akta yg baru tu!

    ReplyDelete
  5. Inilah yang sama dizaman Paklah semasa pemintaan seorang anjing si nuar dulu diterima balek ke Malaysia dan berjanji tidak terlibat dengan politik last2 dia yang selalu aja budak2 pr guling2 atas jalan. Ini juga yang akan kerajaan dapat apabila cina2 ni balek sini. Kalau dah cina tetap cina juga

    ReplyDelete
  6. Harapnya YB DS Zahid kembali 'BERTARING' terusan! Sepatutnya siKAPIRDAPBANGKAI tu harus di MANSUHkan dan undg-undg SYARIAH serta undg-undg TERORISMA diperkuatkan tanpa sebarang kompromi, kerana si musuh ISLAM/umatnya ini, asyik menimbulkan FITNAH berterusan melalui PENGGANAS RedBeanBANGKAInya!

    DAPBANGKAI sbg. ejen utama (juga si puak KAPIR/GAYPKRPELIWAT) Barat-ZIONIS, juga dalang belakang kebanyakan kegiatan JENAYAH dan MAKSIAT dajal terutamanyamelalui Geng Kongsi Gelap mereka , yg. bermaharajalela melalukan jenayah pembunuhan (melaui pelbagai cara termasuk kemalangan jlnraya terutamanya oleh lori/bas BUAS; kebakaran kpg-kpg/rumah Islam Melayu utk. rampas tanah; dan pembunuhan pekerja asing Islam/Melayu)/rompakan – termasuk ragut/perogolan BUAS – termasuk kanak-kanak/sindiket dadah/perjudian/pornografi/pelacuran serta kegiatan homoseksual yg. amat berleluasa dan MENGGANAS - yg. semakin merosakkan akhlak dan aqidah anak-anak muda Islam/Melayu!

    Semua ini utk. menghuru-harakan negara serta mahu mencetuskan satu lagi 13 MEI; kemudian mereka akan minta UN (yg. dikuasai Barat-ZIONIS terutamnya si BANGSATkiMoon) hantar "tentera pengaman"!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  7. Zahid ada bukti Gred A utk saman cHina nih...

    ReplyDelete
  8. Yang kutuk awal awal Menteri tu tanpa periksa dulu, apahal? Karang pulak tukar topik kesalahan sendiri pi minta Menteri saman pulak. Ni lah politik longkang!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.