Wednesday, May 21, 2014

Adun DAP Lari Ikut Pintu Belakang Apabila DUN DiSerang Selepas Rayer Memaki Umno Celaka


Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh dengan protes sekumpulan pihak yang tidak puas hati dengan kenyataan anggota DUN (ADUN) DAP RSN Rayer yang menggelarkan “Umno celaka”.

“Jika kamu ada telur, ulang sekali lagi,” mereka menjerit serta membawa telur dan mengancam membaling telur ayam kepadanya.

Ada daripada kalangan mereka yang berjaya memasuki dewan tempat persidangan berlangsung sementara yang lain cuma menggelar Rayer sebagai “rasis”.

Bagaimana pun Beberapa Adun DAP termasuk Rayer terpaksa bertempiaran lari menyembunyikan diri dan ada ikut pintu belakang agar tidak bertembung dengan kumpulan yang merusuh.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai ‘celaka’.

Rayer ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.

“Celaka-celaka UMNO ini kurang ajar, biadab dan selalu mengapi-apikan dengan membawa sepanduk memainkan isu rasis peristiwa 13 Mei. Celaka mereka,” katanya.

Kenyataan Adun DAP itu telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati wakil rakyat BN dan menuntut beliau menarik balik perkataan ‘celaka’ itu yang dilihat mencemar dewan.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata kenyataan Rayer itu adalah keterlaluan dan telah melanggar peraturan dewan.

“Jika Yang Berhormat Seri Delima mahu menzahir rasa marah ia bukan dalam dewan yang mulia ini. Sebagai ahli dewan, Yang Berhormat perlu mematuhi peraturan dewan iatu Perkara 46 yang menyebut setiap ahli dewan dilarang menggunakan perkataan yang menyakitkan hati dan sentuh peribadi pihak tertentu.

“Sepatutnya Seri Delima tidak perlu gunakan perkataan kesat seperti celaka. Justeru, saya mohon pertimbangan Speaker menangani perkara ini kerana jika ia dibenarkan, perkataan seumpama ini akan mula digunakan dalam dewan,” katanya.

Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) kemudiannya bangun mencelah dan meminta Adun DAP itu menarik balik perkataan ‘celaka’.

Speaker Datuk Law Choo Kiang kemudiannya menegur Rayer dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulangi perkataan kesat itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid mahu Law bertegas dalam mengendalikan sidang DUN supaya anggota dewan tidak mudah mengguna dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung.

Beliau berkata selain sebagai menghormati kemuliaan dewan, ketegasan itu juga penting memandangkan penggunaan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung adalah melanggar peraturan DUN.

“Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Adun Seri Delima (R.S.N Rayer) menyalahi peraturan, menggunakan kata-kata kesat kepada orang yang tidak ada di dalam dewan, memang menyakitkan hati,” katanya.

Adun Penaga Mohd Zain Ahmad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu menyifatkan tindakan Adun DAP itu adalah provokasi supaya Adun BN melatah.

“Apa yang diperkatakan oleh Rayer tidak relevan langsung dengan persidangan DUN, oleh itu kami mahu Speaker dapat pastikan Rayer tidak buat lagi perkara seperti itu,” katanya.

1 comment:

  1. Geram betul aku kat mana-mana PEMIMPIN ISLAM/MELAYU LIBERAL/PENAKUT - yg. boleh biaqkan si PENDATANG KAPIRDAJAL yg. asyik PIJAK/GERTAK ISLAM/umatnya kat NEGARA ISLAM ini! Semoga ALLAH SWT balas PENGKHIANATAN mereka ini!

    Dan si PDRM nak GERTAK Abdullah Zaik/ISMA apasal - si PENGGANAS Red Bean dan berlambak si KAPIRDAJAL MUSUH ISLAM mcm. ni boleh asyik HINA/GERTAK ISLAM/umatnya termasuk dgn. ancaman BUNUH di sosial media; tak pula diTANGKAP?!

    Si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM yg. begitu DAJAL, asyik nak mempertikaikan hak, sejarah dan identiti BUMIPUTERA terutamanya BUMIPUTERA ISLAM/Melayu - selain dr. patut diPENJARA bawah undg-undg TERORISMA kerana mahu mencetuskan satu lagi 13 Mei, juga patut diSAMAN berjuta - sebab si PENDATANG/PENCEROBOH ni melanggar Kontrak Sosial utk- menghormati kaum Bumiputera di NEGARA ISLAM ini, spt. yg. dipersetujui sbg. syarat pemimpin kita bagi PENDATANG/PENCEROBOH sampai berjuta dpt- kerakyatan dgn. begitu senang! Sedangkan rakyat BUMIPUTERA biasa terutamnya umat Islam/Melayu - tidak ditanya!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.