Thursday, May 1, 2014

Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia, PRK Lagi


Ahli Parlimen Teluk Intan, dari DAP, Seah Leong Peng, meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi.

Wakil DAP ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Beliau meninggal dunia di Kuala Lumpur dan mendiang akan dibawa ke Teluk Intan untuk disemadikan hari ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar dari DAP, Terrence Naidu berkata, Leong Peng meninggal dunia antara jam 7 dan 7.30 pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mendiang sudah lebih sebulan mendapatkan rawatan akibat penyakit kanser di sana.


Seah, dilantik menjadi ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila menewaskan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan 7,313 majoriti undi dalam perebutan tiga penjuru.

Mendiang memperolehi 27,399 undi sementara Mah daripada BN mendapat 20,086 sementara calon bebas, K Moralingam menerima 279 undi.

Katanya, sebelum menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU-13, mendiang adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DIN) Pasir Bedamar selama dua penggal.


1 comment:

  1. sesungguhnya setiap yg hidup akan mati...atok lim bila pulak, anwar lama lagi ke agaknya....susah-susah mmg susah

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.