Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said Dan Adun Ajil Kembali Ke Pangkuan Umno, Pas Melopong


Selepas dua hari Terengganu berdepan kemelut politik akibat tindakan tiga wakil rakyatnya keluar Umno, jalan penyelesaian dicapai apabila Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib kembali bersama parti itu.

Datuk Seri Ahmad Said kembali menyertai UMNO selepas mengumumkan keluar parti kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahmad Said sendiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui panggilan telefon dan turut memohon maaf kepada perdana menteri di atas tindakannya yang begitu drastik itu.

Perkembangan ini disahkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Datuk Mohd Jidin Shafee berkata bahawa Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, turut berjanji untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Mohd Jidin, ADUN Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, juga telah memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Sementara itu Adun Pas Terengganu termasuk Haji Hadi telah berkampung di Kuala Terengganu untuk mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Bagaimana pun hajat pas tidak kesampaian apabila Adun BN yang keluar umno kembali semula menyertai umno.

6 comments:

  1. ANWAR TENTU FRUST SEBAB TAK SEMPAT NAK MENANGGUK IKAN DI AIR KEROH. HADI "U-TURN" PUN TENTU FRUST JUGAK. AHMAD SAID TERLEBIH DAHULU BUAT "U-TURN".

    ReplyDelete
  2. Sekg kg mat said ropanya lg cerdik main tarik tali dgn najib...tahniah tok mat said...jgn jd bacul dan menjd anjing org lain...

    ReplyDelete
  3. Harapnya YB DS Ahmad Razif seorg pemimipin ISLAM/Melayu TULEN yg. berjuang demi ISLAM/umatnya! Dan sepatutnyamana-mana pemimpin BONGKAK dlm. UMNO dpt. pengajaran bahawa jgn.lah melayan pemimpin ISLAM/Melayu yg. BERJASA mcm. YB. DS Ahmad Said seolah mcm. hampas – rakyat biasa, walau sayang UMNO, tidak mahu pemimipin berjiwa rakyat spt. YB. DS Ahmad Said diHINA sebegitu!

    'Perpaduan' bukan bermakna kita mesti TUNDUK mcm. LEMBU bodoh pd. mana-mana si pemimpin Islam/Melayu BONGKAK, yg. tak pernah hidup susah, di suap sudu 'emas' dr. lahir - yg. takkan dengaq cakap rakyat miskin dan tertindas terutamanya umat Islam/Melayu! Tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya, ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI!

    Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  4. wakakakakakakakaka

    Last kopek, dapat kenyang jugak.

    Joker kat tangan Ahmad Said .

    ReplyDelete
  5. Joker ?
    BINATANG APA TU ?.Nauzzulillah !
    Keturunan yg dilaknat rupanya
    DEPAN BOLEH MAEN
    BELAKANG PUN BOLEH ?
    Ish. . .ish. . .ish. . .

    ReplyDelete
  6. Ada kumut keliling ka?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.