Wednesday, May 7, 2014

Anwar Arah Tian Chua Palsukan Gambar Najib Bersama Altantuya


Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan mendakwa, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengarahkan Naib Presiden parti itu, Tian Chua memalsukan gambar yang menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak duduk bersebelahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Gobalakrishnan, gambar tersebut telah dipalsukan oleh Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu dan beliau berada bersama-samanya ketika itu.


Gobala mendakwa, gambar tersebut dipalsukan supaya rakyat yakin yang Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya bagi memburuk-burukkan nama beliau.

Dakwaan tersebut dibuat Gobalakrishnan ketika disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini pada perbicaraan kes saman fitnah peguam Manjeet Singh Dhillon terhadap beliau dan tiga yang lain.

Gobalakrishnan memberi keterangan sebagai saksi defendan pertama dalam perbicaraan itu yang menamakan beliau; bekas wartawan Utusan Malaysia, Raja Syahrir Abu Bakar; Utusan Melayu (M) Bhd, (UMMB) dan TV3 sebagai defendan pertama hingga keempat.

Saman yang difailkan pada 26 September 2011 itu menyentuh kenyataan Gobalakrishnan yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang dikatakan mengkritik Manjeet.

Utusan Malaysia pada 17 Ogos 2011 menyiarkan artikel bertajuk Manjeet selalu memburukkan kerajaan dengan memetik kritikan Gobalakrishnan terhadap Manjeet manakala TV3 turut menyiarkan komen yang sama pada malam 16 Ogos 2011.

Gobalakrishnan mendakwa, selain Tian Chua, penyiasat persendirian (PI), mendiang P. Balasubramaniam, penceramah PKR termasuk beliau sendiri telah mereka-reka dakwaan untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya.

“Tian Chua berjaya mengeluarkan gambar Perdana Menteri dengan Altantuya. Empat orang yang terlibat dalam episod Altantuya selain Tian Chua adalah PI Balasubramaniam dan juga Manjeet dalam kalangan peguam. Perancang utama ialah Anwar dan kami penceramah-penceramah memainkan peranan untuk menyampaikan kepada rakyat dalam usaha memburuk-burukkan imej kerajaan.

“Balasubramaniam diatur peranannya melalui afidavit, peguam pula melalui keterangan dan semua itu dikawal oleh Anwar. Tampalan gambar tersebut digunakan untuk menunjukkan hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya,” ujar Gobalakrishnan yang memberikan keterangan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Saksi itu mendakwa, beliau antara penceramah yang dibayar lumayan untuk mendoktrinasi fikiran rakyat agar membenci kerajaan dan intipati-intipati seperti ini akan menyebabkan lebih ramai rakyat beralih kepada pembangkang.

Gobalakrishnan mendakwa, beliau tahu Manjeet terlibat dengan Balasubramaniam iaitu seorang yang diaturkan oleh Anwar.

Dalam satu soalan lain, ketika ditanya sama ada beliau mengetahui apakah komen-komen yang dibuat oleh Manjeet mengenai Altantuya, saksi itu menyatakan, beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Anwar supaya tidak mencampuri urusan tersebut kerana Manjeet akan menguruskan tentang Balasubramaniam.

Muhammad Shafee seterusnya bertanya, bolehkah saksi itu menganalisis siapakah `hired killer’ (pembunuh upahan) yang dimaksudkan oleh Manjeet dalam kes pembunuhan Altantuya.

Saksi itu menjelaskan, tiga perenggan kritikan beliau yang dipetik dalam artikel bertajuk Manjeet selalu memburukkan kerajaan yang disiarkan Utusan Malaysia dan TV3, baginya jelas menunjukkan Manjeet menuding kepada Perdana Menteri adalah orang yang merancang pembunuhan Altantuya.

Walhal ujar Gobalakrishnan yang pernah memegang jawatan Ketua Cabang PKR Padang Serai, Perdana Menteri tidak tahu menahu dan tiada kena mengena dengan kes itu.

Gobalakrishnan juga bersimpati kepada Perdana Menteri yang menjadi mangsa tohmahan dalam isu Altantuya itu dan Perdana Menteri telah bersumpah di dalam masjid bahawa beliau tidak terbabit sama sekali.

2 comments:

  1. Si PDRM nak GERTAK Abdullah Zaik/ISMA apasal - si PENGGANAS Red Bean dan berlambak si KAPIRDAJAL MUSUH ISLAM boleh asyik HINA/GERTAK ISLAM/umatnya termasuk dgn. PENIPUAN KEJADAH mcm. ni ke atas YAB PM kita, serta ancaman BUNUH pd. YAB PM kita serta aktivis-aktivis Islam/Melayu di sosial media; tak pula diTANGKAP?!

    Heran betul aku!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Semua yang pernah jadi penyambung cerita fitnah ni, tak kira sikit ke banyak perlu buat kenyataan baru. Bagi yang Islam pohonlah kemaafan termasuk yang sampai kering tekak berceramah, berdiskusi kedai mamak, yang bertazkirah. Kalau tidak mahu muflis di akhirat. Itukan janji Allah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.