Thursday, May 1, 2014

Bongkar Siapa Yang Sebenarnya Buat Provokasi Untuk Melaga-lagakan Umat Islam


Menurut portal rasmi pembangkang seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)".

Petugas itu memaklumkan bahawa satu tindakan provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk melaga-lagakan kami dengan cina DAP.


Seorang petugas parti daripada pakatan rakyat baru sahaja mengedarkan risalah berbentuk provokasi demi untuk membenarkan keganasan berlaku

Inilah risalah yang sengaja ditampal oleh petugas pakatan rakyat



Apabila dibuat satu intipan mendapati pihak samada daripada parti DAP, PKR atau Pas sendiri yang membuat provokasi agar umno akan dituduh penyebabkan keganasan berlaku.

Manakala seorang peserta daripada Pulau Pinang kata, dia jumpa sticker bertulis: "Hudud is barbaric" dengan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP.

"Ini memang teruk, sebab hari ni tahu anti-GST, ini provokasi. Saja nak melaga-laga kita," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.