Tuesday, May 20, 2014

Dia Nak Kahwin Dengan Cinakah Atau Indiakah Terpulang Kepadanya


Sejak daripada menjadi ahli umno Bahagian Ipoh Barat perangai Yammy samat memang jenis suka kalau dirinya dicemuh dan dikeji dengan setiap perbuatannya.

Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud sering menghampiri pemimpin tertinggi umno dalam setiap majlis atau program anjuran umno.

Yammy Samat menjawab kritikan ramai ahli Umno apabila beliau sendiri berkempen untuk kemenangan DAP, "Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” 

"saya hanya membantu anak saya berkempen", katanya ketika mengiringi anaknya berkempen bertemu dengan pengundi.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tak jadi apa pasal sejak kecil diajar benci UMNO.

"Kalau anak orang Umno depa tak cakap kat anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah nak buat apa sahaja," katanya.

Jelas Yammy, beliau memberikan kebebasan kepada anaknya untuk menentukan masa depan sendiri termasuk memilih pasangan hidupnya.

"Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti," katanya.

"Dia hendak kahwin, terpulang kepada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina atau India ikut suka dia

Beliau juga menjelaskan langkah anaknya menyertai DAP tidak membimbangkan hatinya kerana parti itu bukan hanya terdiri daripada orang Cina saja dan tindakan itu juga tidak menjejaskan akidah anaknya.

3 comments:

  1. Berkempen untuk parti politik lain, semasa pilihanraya, tak kira atas alasan apapun, dan untuk sesiapa juapun, wajar diambil tindakan disiplin oleh UMNO.

    Kalau setakat sokong anak dok rumah cerita lain, tapi ini sudah jadi peraih undi, dan UMNO buat tak nampak sahaja?

    ReplyDelete
  2. Eh..eh.. jangan marah tu tektik mak anak tu ! tak tahu lah kalau 3 juta ahli umno cam ni besok najib boleh pencen terus ... ganti KJ lepas itu tukar dasar baru era baru ahli parti boleh swap ikut selera . Kesian menangis arwah-arwah pejuang umno.

    ReplyDelete
  3. alah semua nak jawatan pangkat n harta je tu..kalau umno tak boleh bagi, umno boleh blah..sama gak mcm kes parlimen kuala kangsar pru 13 tempohari dlu..utk bangsa n agama dah takde

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.