Wednesday, May 7, 2014

Drama Bunuh Diri Kejutkan Penduduk Pangsapuri Desa Mentari 3 Taman Medan


Seorang wanita dalam lingkungan umur 30 tahun mengemparkan penduduk langsapuri Desa Mentari 3, Taman Medan di sini hari ini apabila melakukan percubaan untuk membunuh diri dari tingkat 12 lapor utusan online.

Tindakan wanita tersebut disedari jiran kira-kira pada pukul 7.20 pagi apabila keluar dari tingkap bahagian dapur rumahnya dan berdiri di atas atap 'oning' jiran tingkat 11.

Menurut Ketua Bomba Jalan Penchala, Penolong Penguasa Zaidi Ahtan, pasukan bomba seramai lapan anggota menerima panggilan kecemasan mengenai situasi itu pada pukul 7.28 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 7.40 pagi.

Penduduk yang melihat pasukan bomba memujuk wanita berkenaan beberapa kali menjerit ketakutan apabila wanita tersebut nekad untuk terjun tetapi berjaya dihalang oleh anggota bomba

"Kita mengambil masa setengah jam untuk memujuk surirumah yang mempunyai anak seramai tiga orang ini," kata Zaidi.

Wanita tersebut akhirnya berjaya di selamatkan apabila dua anggota bomba bertindak nekad keluar dari bangunan dan berdiri di atas 'oning' dan bertindak pantas menarik dan menolak masuk wanita tersebut ke dalam rumah.

Menurut jiran, wanita berkenaan mempunyai dipercayai mengalami mengalami masalah mental.








1 comment:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH kita ada JABATAN BOMBA yg. CEKAP dan PRIHATIN kat Malaysia ni! Waalupun kerja mereka sgt. sukar dan bahaya, tapi jarang diberikan penghormatan yg. secukupnya! Patut dibina kawasn perumahan khas utk. pegawai bomba mcm. polis/tentera, yg. amat canggih dan selesa! Bukan mcm. dulu, flat polis/tentera punyalah kecik - dan tak ada kemudahan canggih ; sedgnkan JASA mereka sgt. besar pd. agama, bangsa dan negara!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).


    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.