Monday, May 19, 2014

Gerakan Jangan Hanya Harap Jentera Umno Sahaja Untuk Pastikan Presidennya Menang




Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara wakil Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud dari DAP.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkannya selepas proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini.

Beliau berkata, Mah menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.03 pagi manakala Dyana membuat serahan pada pukul 9.05 pagi.

Mah dicadang oleh Setiausaha Agung MCA Perak, Datuk Seri Kuan Peng Soon dan dicadang oleh Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaludin. Dyana pula dicadang oleh ahli DAP, Chang Kok Lim dan disokong oleh ahli parti, Pooi Weng Keong.

Jentera parti Gerakan perlu lipatgandakan usaha untuk turun berkempen kerana pada PRU13 yang lalu sejumlah 3077 sahaja kaum cina yang mengundi Mah daripada jumlah pengindi cina sejumlah 25,400 pengundi.

Manakala pengundi Melayu yang mengundi Mah berjumlah 14291 daripada 22983 pengundi.

Ini menunjukkan jentera umno yang membantu Mah Siew Keong begitu efektif berbanding dengan jentera daripada Gerakan sendiri.

3 comments:

  1. Ke mana pi ISMA, PERKASA, PEKIDA, JMM, MUBARAK dll?

    Ayuh cepat, mai bantu Cinabeng Keristian ni menang. Pendatang ni akan bantu menegakkan perjuangan Agama dan Bangsa mu sekalian.

    ReplyDelete
  2. Pas menyokong DAP untuk menolak draf hudud di parlimen.........pembangangan apakah ini

    ReplyDelete
  3. Fuyoo. .
    Itu dapigs rba dan yg sewaktu dgnnya pusing keliling bawak minyak.
    Isma pekasa mubarak entah apa2 yg dighepeknye.

    Hei. . .lu atak makan obat ka ?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.