Thursday, May 1, 2014

"Ini kali Terakhir Saya Berucap Lepas Ni Saya Mungkin Akan Ke penjara"


"Menteri-menteri apa kau ingat aku takut," kata Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penutup himpunan bantah GST di ibu negara, hari ini.

Mendakwa ada cubaan untuk memenjarakannya oleh beberapa menteri tetapi tidak disebut siapa menteri tersebut, Anwar bagaimanapun berkata, perkara itu langsung tidak menggusarkannya.

"Kepada menteri-menteri yang berusaha untuk memenjarakan saya, ingat saya takut?

"Saya ada dua kekuatan iaitu doa kepada ALLAH dan kebangkitan daripada rakyat," katanya kepada ribuan peserta himpunan. Rakyat akan bangkit mempertahankan saya ketika saya difitnah sejauh ini.

Mengambil peluang berucap sempena himpunan membantah GST Anwar turut membayangkan bahawa dirinya mungkin akan dipenjara lebih 10 tahun."Saya sebenarnya akan dikenakan penjara lebih 10 tahun bagi memudahkan BN memerintah dengan aman", kata Anwar.

"Ramai yang pujuk saya untuk kekal di London, dia tahu kalau saya balik Malaysia saya akan masuk penjara.

"Oleh itu mereka meminta supaya saya berjuang dari London, tetapi saya kata terima kasih, saya balik untuk berjuang dari Malaysia.

"Walaupun saya tahu, mungkin selepas ini hukuman terhadap saya mungkin lebih 10 tahun, tetapi saya tidak peduli mengenai hal itu," katanya lagi.



Tiada satu pun ucapan Anwar Ibrahim menyentuh berkenaan keburukan GST yang dikatakan terlalu menyusahkan rakyat. 

Anwar hanya menghina hakim dan menteri-menteri yang dikatakan berkonpirasi untuk memenjarakannya lebih daripada 10 tahun.

12 comments:

  1. Semoga hukuman penjaranya betul-betul lebih daripada 10 tahun. Aamiin.....

    ReplyDelete
  2. satu hari selepas 10 tahun anwar dilepas dari penjara sebagai arwah, insyaallah....ANWAR MESTI BERTAUBAT.

    ReplyDelete
  3. ko ini anuar, ko tau ka apa yg ko buat ini. kalau ko tdk bersalah kenapa ko tdk bersumpah dari dulu lagi. ini ko jadikan orang pembangkang makin keliru sampai tdk boleh lg berfikir dgn waras/pertimbangan waras.jgn main-main dgn Allah.ini ko tdk fkr lg keselamatan agama dan bangsa ko sendiri..Mudah-mudahan Allah SWT. akan melindungi malaysia supaya kekal aman seperrti selama ini...

    ReplyDelete
  4. ni nak citer gst ke nak citer kes dia..... kalau citer gst, bak mai la hujah2 korang. apa kebendanya beza sistem cukai sekarang dgn gst yg korang kata zalim tu. kalau nak citer kes dia..... buang karenla berhimpun.

    ReplyDelete
  5. kalau sejahat itu hati dan perilakunya ...moga-moga dipanah petir.

    ReplyDelete
  6. Panjangke umurnye sampai 10 tahun lagi???
    Itu semue kuase Allah!!!
    Janganlah riak...

    ReplyDelete
  7. Anwar hijack pentas bantah GST anjuran pas untuk kepentingan peribadinya....podaaaah tak takut kononnya nak ke penjara

    ReplyDelete
  8. Masih mengaku difitnah walau airnya berada 4cm dalam saluran kunyit saiful. Malang sungguh anak 2 muda yang ditipunya. Semuga suatu hari nanti tuhan akan tunjukkan bukti kebenaran bahawa anua itu memang bersalah.

    ReplyDelete
  9. Kalau setakat tua orang lain pun tua. Tapi dia ni dah tua, gay pula dah tu sasau dan menjadi makluk perosak bangsa melayu, agama islam dan negara.

    ReplyDelete
  10. Sian dia tk dpt tumbangkan kjaan hari ni.. maka dipersilakan ke penjara.. penjara tetap penjara

    ReplyDelete
  11. Sawan dia dah makin teruk. Ajak ramai2 konon bantah gst, yang cerita hal peribadi buat apa? Nak ambik peluang untuk hasut rakyat lagi setelah siri jelajah 2.0 dulu tak berapa minat orang datang. Dalam siri jelajah reformasi 2.0 dulupun dah ajak orang berkumpul kononnya sebagai klimaksla pada 1 mei. Lepas tu hang dok relaks la dalam penjara

    ReplyDelete
  12. Ini perangai orang gila talak.
    Sendiri cari sakit sendiri tanggong ar apahal seret rakyat yg tak berdosa cari bala.
    Inilah akibatnya melanggar hukum Tuhan.
    Sedap sekejap menanggong sepanjang hayat.
    Bangkai gajah takkan boleh ditutup dgn nyiru.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.