Monday, May 12, 2014

Jahanam, Huru-Hara, JPP Lari Lintang Pukang Dikejar Penyokong Abdullah Sani





Pergaduhan sengit melibatkan antara para penyokong penyandang Ketua Cabang PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid dengan pencabar Radhakrishnan a/l Nallusamy.

Abdullah Sani Abdul Hamid merupakan seorang ahli parlimen yang kerap memaki hamun Tun Mahathir dengan perkataan 'haramjadah' hari ini menghilangkan diri setelah penyokongnya cetuskan rusuhan.

Proses pengundian yang diadakan di Dewan Wawasan, Batu 9, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang tengah hari itu terpaksa dibatalkan.

Selain itu difahamkan, proses pengundian di lapan cabang PKR Selangor turut dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan penipuan dan sabotaj.

Cabang-cabang tersebut ialah Subang, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja dan Selayang.

Salah satu cabang bermasalah itu iaitu di Kuala Selangor membabitkan penyertaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bertanding jawatan ketua cabang berkenaan.

Abdul Khalid yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PKR, berdepan tuduhan mengamalkan politik wang sebagai umpang mendapatkan undi dikawasannya.

Tuduhan berkenaan dibuat pencabarnya untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manikavasagam yang bersedia mengemukakan bukti dalam tempoh terdekat.

1 comment:

  1. Kelakarnya! Puak GANGSTER PKRSODOM bergaduh sesama sendiri!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.