Thursday, May 1, 2014

Janda Mati Ditikam senjata tajam Oleh Kekasihnya



Tindakan seorang janda anak satu bersemuka dengan kekasihnya selepas rimas apabila didesak untuk berkahwin berakhir tragedi apabila dia mati ditikam dengan sebilah gunting pemotong kain oleh lelaki tersebut di kedai jahit miliknya di Jalan SS9/12, Sungai Way di sini malam semalam.

Lebih mengejutkan, tidak sampai 24 jam selepas membunuh Salmah Lok, 40-an, suspek yang dikenali sebagai Jim, seorang duda anak satu berusia 42 tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh daripada balkoni rumahnya di tingkat 11 Flat PKNS yang terletak hanya 500 meter daripada lokasi mangsa dibunuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dipercayai dibunuh pada kira-kira pukul 7 malam semalam sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 1 petang hari ini oleh seorang pelanggan yang datang ke kedai jahit miliknya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai maut akibat ditikam beberapa kali dengan menggunakan gunting pemotong kain pada bahagian abdomen belah kanannya.

"Selepas soal siasat dilakukan, kita mendapati suspek utama kes tersebut ialah teman lelaki mangsa sendiri iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40-an.

"Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 4 petang tadi, sewaktu pasukan polis cuba untuk memberkas mangsa di rumahnya, kita mendapati dia sudah mati akibat terjatuh daripada tingkat 11 kediamannya," ujarnya kepada pemberita. - KOSMO!


Sumber

1 comment:

  1. arwah kak salma jiran kami semasa di seksyen 28,shah alam dulu.saya amat bersedih dgn kejadian ini kerana arwah kak salma sy da anggap mcm kakak sendiri,banyak bantu orang.tak sangka begini pengakhiran hidup dia hanya kerana seorang lelaki yg kejam.moga pembunuh itu juga mendapat balasan di alam sana.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.