Sunday, May 11, 2014

Khalid Minta Maaf Penyokongnya Bawa Lari Peti Undi


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kegagalan mereka dalam mengendalikan proses pengundian parti itu di peringkat negeri Selangor.

“Saya memohon maaf kepada seluruh anggota KEADILAN kerana kegagalan proses pengundian. Kita benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh,” katanya

Pemilihan pimpinan di sembilan Cabang PKR di Selangor dilaporkan terpaksa dibatalkan ekoran pelbagai dakwaan termasuk sabotaj dan tidak telus.

Terdapat penyokongnya yang telah bawa lari kesemua peti undi semasa pengundian sedang dijalankan dan ini menyebabkan pemilihan di sembilan cabang terpaksa dibatalkan

Cabang-cabang yang dibatalkan ialah Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Kuala Selangor, Kota Raja dan Selayang.

Terdapat dakwaan mengatakan di Cabang PKR Selayang berlaku kekecohan ekoran kejadian peti undi dilarikan ketika proses pengundian sedang berlangsung.

PKR sebelum ini menggantung pemilihan di 17 Cabang ekoran masalah yang berlaku ketika proses pemilihan dijalankan.

6 comments:

  1. ini lah dia apabila Nampak kuasa dalam jawatan itu menjadi kan sesaorang itu buta dgn perjuangan..satu perjuangan asal nya untuk menegakkan demokrasi ala baru .Nah kau semua kaum bersatu dalam satu parti diPKR ini?.Lihatlah kemunculan gangster India dan puak2 Melayu,,yang juga berlagak gangster berebut untuk jawatan. Mana dia ahli yang beratus ribu yang turun menggundi.Cuma tak sampai 10 persen aje..yang lain agak menyampah dan benci dgn tankan rakus yang beria2 hendak jawatan ..keran melalui jawatan dalam party ada imbuhan..boleh jadi ahli Majlis Daerah, ahli itu dan ahli ini yang mana semua duit belaka.
    kepentingan rakyat dlam masal jalan raya berlubang2 bekalan letri yang tak menentu, bekalan ayer yang dicatu di Negara yg banyak ayer ini, semuanya lansung tidak di beri perhatian cuma untuk tembolok dan perut buncit masing2...

    ReplyDelete
  2. Tudiaa.. Peti undi pun depa bawak pelari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni spr tengah dok perati. Mungkin ini yang pkr dan dap kata adil.
      sebab selama ni cara yang spr buat pkr dan dap kata tak adil.
      Kah kah kah.

      Delete
  3. Inilah satu pakatan pembanggang yg di anggotai orang orang yg banggang. Dari ketuanya sampai peringkat bawah.

    ReplyDelete
  4. Bawak lari peti undi tu TERMASUK dlm ketetapan HAK KEBEBASAN INDIVIDU (jgn ada yg lupa pulak ye! salah satu perjuangan PKR - Parti Kongkek Rakyat).

    ReplyDelete
  5. Puak pkr tak nak komen ke

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.