Wednesday, May 21, 2014

Melayu Perlu Tahu Sejarah Bagaimana Samsiah Fakeh DiPergunakan Oleh Parti Komunis


DALAM mana-mana peperangan, tidak ada kelebihan yang lebih baik melainkan jika dua pihak yang berseteru dapat memperalatkan penyokong atau tentera pihak lawan untuk menjadi duri dalam daging bagi pihak mereka.

Israel berjaya melakukannya di Palestine, Amerika juga berjaya melakukannya di Afganistan dan Iraq, Rusia berjaya melakukannya di Amerika dan banyak lagi negara.

Negara kita pun tidak terkecuali, malah sejarahnya boleh dilihat sejauh zaman kesultanan Melayu Melaka lagi bila Portugis berjaya menembusi pertahanan kota tersebut setelah si Kitol mendedahkan rahsianya kepada mereka.

Semasa zaman darurat pula, Parti Komunis Malaya (PKM) yang dianggotai majoriti orang cina berusaha keras mendapatkan sokongan kaum majoriti di negara ini, iaitu orang Melayu sehingga mereka menubuhkan Rejimen ke 10 yang dikhaskan untuk komunis daripada kaum Melayu.

Walaupun Islam dan orang Melayu adalah ibarat perkaitan yang tidak boleh dipisahkan, tapi ada juga dikalangan kita yang terpengaruh dengan idealogi komunis yang antara lain menolak sebarang bentuk fahaman agama.

Tergolong di dalam kelompok ini adalah wanita bernama Shamsiah Fakeh. Keterujaannya dengan fahaman komunis telah meletakkannya sebagai salah seorang pemimpin utama dalam pergerakakan komunis. Mula-mula tu memang ingat masuk PKM untuk lawan British, tapi bila dah hari-hari didedahkan dengan fahaman komunisme, langsung jadi komunis teruslah.

Zaman moden hari ini, ada parti politik yang agenda perjuangannya pernah dilabel Nik Aziz sebagai adik komunis, turut tidak ketinggalan memperalatkan perempuan Melayu untuk dijadikan contoh bahawa kaum majoriti negara itu turut menyokong perjuangan mereka, sama seperti PKM memperalatkan Shamsiah Fakeh dulu.

Hakikatnya, kawasan yang nak diletakkan perempuan ini sebagai wakil, bukanlah kawasan majoriti Melayu pun, tapi kawasan majoriti cina, dan kalaupun dia menang itu adalah kerana undi cina yang diketahui menjadi tulang belakang parti politik berkenaan, bukan kerana sokongan Melayu.

Semua orang tahu tentang hakikat tersebut, tapi dalam dunia yang penuh dengan maklumat putar belit, ada orang boleh menjadi ‘buta’ walaupun matanya celik terutama di kalangan orang Melayu dan parti politik berkenaan tahu ini.

Jadi semua pihak perlu berhati-hatilah dengan taktik politik yang macam ini. Janganlah sesekali terpedaya kononnya orang ini akan membawa suara Melayu, takde mananya. Dia sebetulnya hanya diperalatkan, sama ada sedar atau tidak sahaja.

MYKMU.NET

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.