Saturday, May 31, 2014

Nasib Boneka DAP Akan Ditentukan Hari Ini




Sejumlah 59,927 orang pengundi biasa akan menentukan nasib calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon boneka DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud hari ini apabila 35 pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi tadi.

Para pengundi mula memenuhi pusat-pusat pengundian
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang mempunyai keseluruhan 120 saluran mengundi seawal 7.30 pagi lagi.

Siew Keong akan mengundi di SM Sultan Abdul Aziz sementara calon boneka DAP Dyana Sofya pula tidak mengundi kerana bukan berasal dari Teluk Intan dan tidak kena mengena dengan penduduk Teluk Intan.

Untuk rekod Parlimen Teluk Intan mengandungi:


  • Pemilih berdaftar  60,349
  • Pengundi Awal    410 
  • Pengundi tidak hadir (PTH) luar negara 12
  • Melayu 38.61% peratus 
  • Cina  41.94% 
  • India 19%

Berdasarkan reaksi daripada gambar di atas calon Melayu boneka DAP ini bukan pilihan pengundi Teluk Intan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.