Saturday, May 3, 2014

Pemilihan AMK Cabang Sungai Petani kecoh


Proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Cabang Sungai Petani pada Sabtu kecoh apabila nama seorang calon bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu tiada dalam senarai.

Penyokong S. Arvind Kumar bertindak melakukan protes apabila mendapati nama Arvind Kumar tiada dalam senarai pencalonan atas alasan tidak layak bertanding.

Perkara itu hanya diketahui Arvind Kumar apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Taman Seri Wangi di sini.

Arvind Kumar berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai pembatalan pencalonannya daripada ibu pejabat PKR.

Katanya, hanya terdapat seorang nama calon dalam senarai itu.

"Yang sakit hati ni sampai semalam kita dok kempen...seminggu dah saya dok kempen...so bila masuk pagi tadi...tengok dalam senarai AMK langsung tak ada (nama)...mana boleh menang tanpa bertanding?

"Saya panggil jawatankuasa pemilihan, depa semak. Jawapan mereka lepas (selesai) ketua cabang wanita baru jadual balik AMK. Jadi depa mintak tunggu," katanya.

2 comments:

  1. Depa Cop hang calon Hantu. Penyokong dan pengundi Hantu, bila ada Pemilihan parti PKR keluar merayau-rayau.

    Biasalah nama pun Parti Klentong Rakyat. Macam Bos depa juga.

    ReplyDelete
  2. Bukankah orang sudah cakap. Itu pekayr hanyalah untuk kaki main depan belakang punya. Kalau you mau main depan saja mesti kena reject la. tk kan itu hal pun you tak tau. Lain kali kalu mau masuk bertanding mesti pandai main . Belakang bolih depan bolih.......itu macam la pekayr punya style........ada sikit faham ka ?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.