Wednesday, May 14, 2014

Penasihat PM Bukan Selesai Masalah Malah Tambah Masalah Kepada Umno Terengganu


Ada yang bersorak gembira apabila Datuk Seri Ahmad Said diturunkan dari kerusi menteri besar kelmarin kerana Ahmad Said seorang yang agak bengkeng dalam semua hal.


Ahmad Said tidak mesra dengan pemimpin umno tetapi lebih mesra dengan rakyat dan buktinya ketiak berlakunya banjir di Terengganu, hampir setiap hari Ahmad Said berada bersama pasukan penyelamat untuk memberi bantuan kepada rakyat Terengganu.


Ramai yang menyifatkan tindakan menggugurkan Ahmad ketika beliau sedang dalam persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak adalah sangat tidak sensitif dan seperti sengaja mahu mengaibkannya. 

Sesiapa pun jika berada ditempat Ahmad Said akan tertekan dengan tindakan sedemikian kerana ini bukan soal ego atau soal pengkhianat tetapi soal maruah.

Ramai yang kutuk Ahmad Said dengan berkata demi kenduri anak Ahmad Said sanggup jadi pengkhianat tetapi tahukah kita bahawa hanya tempoh 4 hari sahaja umno sanggup kehilangan negeri Terengganu.

Jadi siapa yang lebih bengkeng Ahmad Said atau pemimpin atasan umno atau penasihat YAB Perdana Menteri sendiri.

Jika dibuat perkiraan dalam hal pengguguran Ahmad daripada jawatan MB Terengganu kerana prestasi BN Terengganu yang sangat lemah hingga sekadar mampu mencatat perbezaan dua kerusi berbanding dengan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagimana pula dengan prestasi di negeri Perak yang mencatatkan perbezaan yang amat sedikit seperti telur dihujung tanduk.

Jika difikirkan keadaan negeri Terengganu tidak selamat di negeri Perak pun sama juga hanya nyawa-nyawa ikan.

Apa pun, natijah daripada tindakan itu telah meletakkan Umno/ BN dalam keadaan yang sangat tertekan di Terengganu pada masa ini. Amat sukar rasanya untuk memujuk Ahmad dan seorang lagi penyokongnya untuk kembali ke pangkal jalan.

Lebih berat kerana ini membabitkan persoalan maruah. Siapa pun pasti akan berasa malu apabila pada hari perkahwinan anak yang sepatutnya diraikan dengan gembira, mulut orang terkumat kamit mengunyah nasi minyak sambil mengata kita. Mana nak letak muka sebagai tuan rumah kenduri?

Kalau jemputan semasa menteri besar diedar berpuluh ribu, yang datang nanti mungkin hanya sekadar lima atau enam ribu. Orang politik sementelah menjauhkan diri kerana bimbang dilabel 'orang bekas MB'. Bukan tidak faham cara politik orang kita!

Satu perkara lagi, kes semacam ini bukan tidak pernah berlaku. Pada pertengahan 1995, hal yang hampir sama pernah berlaku di Kedah apabila Menteri Besar Kedah pada masa itu, Tan Sri Osman Aroff mahu digantikan dengan Tan Sri Sanusi Junid.

Bangkitlah sekalian Adun yang pro Osman dikepalai Speaker Dun, Datuk Zainol Md Isa (Allahyarham) menentang keputusan Datuk Seri Dr Mahathir (sekarang Tun).

Dr Mahathir tidak pula menghantar Setiausaha Agung Umno pada masa itu, Datuk Mohamed Rahmat ataupun Datuk Yaacob Mohamad, Setiausaha Kerja Umno untuk memujuk Zainol dan kumpulannya supaya menerima Sanusi.

Beliau sebaliknya memanggil dan berjumpa sendiri seorang demi seorang Adun Kedah yang menentang di pejabatnya di Jalan Dato' Onn.

Bayangkanlah, seorang Adun biasa Perdana Menteri sendiri yang panggil untuk berjumpa empat mata. Sudahlah bergegar kepala lutut, beranikah lagi untuk berkata tidak?

Paling tidak, Perdana Menteri sebagai pemimpin yang membuat keputusan akan dapat menyelami apa punca penentangan terhadap keputusan yang dibuatnya, dan inilah juga ruang untuk beliau menerangkan sebab dan kewajaran sesuatu tindakan itu dilakukan.

Sebaliknya, tindakan yang serupa tidak diambil oleh Najib. Beliau terlalu yakin untuk menghantar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Abdul Raof Yusof sahaja untuk memastikan Adun-Adun BN Terengganu menerima keputusannya menggugurkan Ahmad. Sekarang lihatlah apa kesannya!

Dan beliau sekali lagi cuba pula menghantar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bersemuka dengan Ahmad petang semalam.

Ini kerja menukar Menteri Besar, sedangkan untuk tukar Pengerusi JKKK sahaja pun, sudah jadi riuh rendah sekampung.

Setiap pemimpin kecil atau besar, ada egonya dan ada pula penyokongnya yang tersendiri. Inilah kelebihan mereka yang perlu sentiasa dihormati.

Pemimpin umno kini sewajarnya mencontohi Tun Mahathir dalam mengatasi masalah dalaman.

11 comments:

  1. Najib mmg penakut..suka pplay safe..suka cuci tangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah perjanjian. Kenalah ikut perjanjian. Kalau tak mau ikut , jangan berjanji.

      Delete
  2. bukan masalah Najib tapi punahsihatnya yang ego dalam menjalankan khidmat nasihat

    ReplyDelete
  3. Punahsihat bukan penasihat... he3

    ReplyDelete
  4. Punahsihat yg mengelilingi najib umpama langau yg sedang mngelilingi taik.. sekejap2 derng hinggap kat taik tuh.. pastuh terbang pi hinggap kat mana2 sebarkan taik tuh plak...
    ntah bila la pm kite neh nak berdiri sendiri... selalu memandang rakyat melalui pandangan punhasihat saje... sbb tuhla dia prasan majoriti rakyat menyokong segala keputusan dia..

    ReplyDelete
  5. ahli2 yang dungu akan melantik president yang dungu.... maka jadilah ianya persatuan orang2 yang dungu..... ssssaaaatttoooooooooo malaysiaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Artikel yg. sungguh BERNAS Sungai Rapat!

    Harapnya YB DS Ahmad Razif seorg pemimipin ISLAM/Melayu TULEN yg. berjuang demi ISLAM/umatnya! Dan sepatutnya mana-mana pemimpin BONGKAK dlm. UMNO dpt. pengajaran bahawa jgn.lah melayan pemimpin ISLAM/Melayu yg. BERJASA mcm. YB. DS Ahmad Said seolah mcm. hampas – rakyat biasa, walau sayang UMNO, tidak mahu pemimipin berjiwa rakyat spt. YB. DS Ahmad Said diHINA sebegitu!

    'Perpaduan' bukan bermakna kita mesti TUNDUK mcm. LEMBU bodoh pd. mana-mana si pemimpin Islam/Melayu BONGKAK, yg. tak pernah hidup susah, di suap sudu 'emas' dr. lahir - yg. takkan dengaq cakap rakyat miskin dan tertindas terutamanya umat Islam/Melayu! Tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya, ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI!

    Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...rapatkan barisan melayu..pasti yg dsebelah sana menepuk dahi.meludah kelangit..biarkn mereka ...trimakasih dato' n dato2 berjaya menyelesaikan kemelut ini

    ReplyDelete
  8. Tak per ...bersabar lah dan anggaplah ini satu dugaan.....InsyaAllah Allah akan angkat darjat Dato Ahmad said....

    ReplyDelete
  9. Semoga Dato Ahmad Said dalam mehadapi masaalah ini banyakkan bersabar serta sembahyang hajat banyak2.Mungkin ini satu hikmah dri Allah dan ingin meletakkan beliau sebagai penesihat PM.

    ReplyDelete
  10. Saya sudah banyak membuat komen tentang kebolihan dan kesungguhan dato ahmad. Orang sederhana yang cukup layak untuk meneraju sesuatu jabatan. Najib tak seharusnya memandang sepi persenaliti sebegini. Najib seharusnya lebih berani meletakkan tokoh yang berkalibar pada tempatnya dalam percaturan politik beliu. Jangan selalu kena cekmate yangmana itu menunjukkan dikalangan penasihat PM ada golongan yang bukan ahli dalam percaturan politik.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.