Thursday, May 8, 2014

PM Nafi Kabinet Gugur Ruangan Kaum Tapi Ada Menteri kata Dah Gugur



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menafikan Kabinet ada membuat keputusan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Najib berkata, Kabinet sebaliknya membuat keputusan untuk mengekalkan amalan sedia ada.

Ianya bertujuan memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan.

“Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Rumah UMNO Taiping sebentar tadi.

Selain itu katanya, Kabinet juga tidak buat keputusan mansuhkan butiran agama dalam borang rasmi kerajaan.

Sehubungan itu, Najib berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagi memperbetulkan kenyataannya yang disiarkan media hari ini selain memohon maaf atas kesilapan itu.

Media hari ini menyiarkan kenyataan Belaun yang mendakwa ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.


Sebelum itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu ini memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.

"Berdasarkan trend, kita memang nak menggugurkan ruang kaum dalam borang tetapi bukan sekarang. Ia akan dilaksanakan kemudian secara perlahan-lahan.

2 comments:

  1. Trend kepala butoh. ..nak maintain perkataan Melayu dalam IC pun tak boleh defend!

    ReplyDelete
  2. Patutnya Menteri EvangeliSS Kristian ZIONIS-si-RASIS BANGSAT ni diPECAT saja! Aku syak dia ni ejen si KAPIRDAJAL DAPBANGKAIBABI/PKRSODOM; dan penaja mereka dr. Barat-ZIONIS! Tengok air muka pun, boleh agak KEJAHATANnnya!

    Baik KDN siasat akaun bank dia!

    Kalau kat Barat pun, BUMIPUTERA Native Americans/Canadian First Nation peoples/Australian Aboriginals akan diPERTAHAN identiti dan hak mereka!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.