Tuesday, May 13, 2014

Siapakah Penasihat PM Yang Bagi Cadangan Mengenai Penukaran MB Di Terengganu?


1. Hari ini 13 Mei 2014 yang mengingatkan kita semua kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Tarikh ini mungkin angka malang bagi Malaysia.

2. Ini kerana pada tarikh yang sama negara digegarkan dengan perletakan jawatan MB Terengganu Ahmad Said dan digantikan oleh Adun Seberang Takir sebagai MB yang baru. Genap 2 jam saja, Bekas MB dan Adun Kijal mengumumkan keluar UMNO dan menjadi Adun Bebas.

3. Dewan Undangan Negeri Terengganu menjadi 15 BN dan 15 Pakatan. Keputusan seri yang menjadi status "tergantung" untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu yang baru.

4. Persoalan saya, mengapa YAB PM ingin juga melakukan perubahan MB pada negeri yang memperoleh kemenangan tipis dalam PRU 13 lepas. Sebarang kemungkinan boleh terjadi hatta BN boleh hilang kepimpinan di Terengganu hanya dalam sekelip mata.

Dato Jelani Ngah SUPOL PM Sedang meraikan MB Terengganu yang baru

5. Mengapa Penasihat YAB PM mencadangkan untuk melakukan transisi pemerintahan Terengganu pada ketika PKR sedang berkecamuk berdepan isu pemilihan parti yang tidak telus.

6. Pemilihan masa adalah tidak tepat seolah-olah BN membantu menutup pekung PKR melalui isu tergempar kerajaan Terengganu ini. Media Online Pembangkang (Malaysiakini, Malaysian Insider) meletakkan isu Terengganu sebagai "front news". Strategi media BN sangat lemah malah jahil untuk mengaut "political dividen".

7. BN tidak mengambil peluang menggunakan masa ini menghentam PKR (isu pemilihan kotor) sebaliknya membuka ruang Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan BN di Terengganu.

8. Cuba bayangkan jika PAS berjaya ambil alih Terengganu, adakah perlu Najib Razak berundur secara terhormat ? Jika Md Said dipinta berundur kerana prestasi buruk dalam keputusan DUN di Terengganu, apakah Najib Razak tidak perlu berundur kerana peroleh keputusan yang lebih menjunam berbanding era Pak Lah PRU 2008.

9.  Walau bagaimanapun, saya mengharapkan percaturan ini ada rahsia yang kita semua tidak ketahui. Kemungkinan YAB PM ingin memberi laluan kepada Tuan Guru Hadi Awang untuk menjadi MB Terengganu sebagai jambatan kepada penyatuan PAS dan UMNO.

10. Jika jangkaan tersebut benar berlaku ia agak menguntungkan UMNO dalam jangka masa pendek. Namun untuk jangka panjang ia akan merugikan UMNO kerana kebanyakan kerusi PAS dibantu kemenangannya oleh pengundi Cina.

11. Akhir sekali, saya mengharapkan isu pergolakan Terengganu menguntungkan UMNO dan BN. 


Semoga ia berakhir seperti kerajaan Perak yang lalu. Pun begitu ketika detik saya menulis artikel ini, dikhabarkan sudah 3 orang ADUN keluar parti menjadi calon Bebas. Persoalan akhir saya, siapakah yang menasihat YAB PM melakukan perubahan sejauh ini di Terengganu?

Penganalisis Politik

22 comments:

  1. Demi Agama, Bangsa, Negara ke atau Demi Jawatan, Harta Dan RM?

    Wakakakakakakaka

    ReplyDelete
  2. sabar bang.Tadikan kata Perak ok kau puji Najib pandai ..........sabar je la baru 1 hari jgn kecoh2 la.

    ReplyDelete
  3. UMNO politik zaman Najib memang syok.tunggu je episod seterusnya cuma Hero tetap menang.....

    ReplyDelete
  4. anti-LGBT , PR dan Ad-DajjalMay 13, 2014 at 6:56 PM

    DSN ni tak serik2....udah2lah tu mendapat nasihat dari punahsihat politik dia tu. Kalau dapat nasihat lopas tu dia pikiaq tak apa lah. Tun M pun buat lagu tu dulu. Ini dapat nasihat terus dia guna pakai...kalau menjadi tak apalah, bila sangkut terus diam macam tikus. Aku ingatkan Tikus Pucong saja yang ada le ni. Sekarang ni kita dah ada Tikus Pekan pulak.....

    ReplyDelete
  5. Anwar seorang pemimpin yg cukup lemah dan tidak berwibawa,buktinya pemilihan PKR pun dikatanya ada capurtangan dari luar,ertinya dia tak boleh kawal parti dia.Tapi malangnya selemah-lemah Anwar tak mampu di tewaskan oleh Najib secara pukul mati(K.O),malahan sebelum PRU ke 13 lalu Najib terpaksa buat MOU dgn Anwar,.bermakna Najib lebih lemah.Kalau Najib terus pimpin Umno aku tak percaya Umno boleh menang dalam piliharaya ke 14 nanti.Kalau begitu orang Melayu bersedialah utk kehilangan kuota,subsidi dll keistimewaan yg di terima selama ini.

    ReplyDelete
  6. Jelas bagi saya orang awam, strategi DS Najib tersangat salah pada ketika ini. Apalah salahnya jika lepaskan dulu tarikh 17 Mei selepas majlis perkahwinan anak Ahmad Said dulu? Lagi pun 13 Mei adalah satu tarikh yang teruk buat rakyat Malaysia khasnya orang Melayu.Tarikh itu juga kah yang dipilih untuk membunuh seorang lagi anak Melayu. Please lah DS Najib, berbudibicara lah sikit. Di mana TS Muhyiddin? Beliau juga tak tak terfikir ke perkara ini? Semua perkara boleh dirunding dengan baik. Tak banyak beza lepaskan jawatan MB pada 13 Mei dan selepas 17 Mei. Masa yang baik adalah pada penghujung Mei, habiskan dulu bulan Mei. Razif boleh mengangkat sumpah pada 1 Jun. Itu lebih baik dan adil buat Ahmad Said. Apo nak dikato. Keputusan telah dibuat, tidak tahu dengan siapa perbincangan dibuat oleh DS Najib, Nasihat siapa didengarinya, Bagi saya ia adalah keputusan yang sangat salah ketika ini, Ketika PKR sedang berterabur dengan pemilihan partinya. Ketika kita boleh memfokus berita terhadap PKR. Ketika kita boleh bom PKR habis-habisan. Ketika PKR tidak dapat lari dengan isu partinya. Namun PKR erpeluang untuk berlindung. Tahniah DS Najib, Tahniah TS Muhyidin dan tahniah penasihat kepada Perdana Menteri !!!

    ReplyDelete
  7. Malu wei, pesiden camgini. MB pun boleh kene camgini, apa lg klu ahli biasa.

    ReplyDelete
  8. Tak bermakna kalau kita sayang UMNO, kita harus ikut cakap pemimpin macm. LEMBU bodoh - apalagi kalau pemimpin yg. LIBERAL PENGKHIANAT! Mcm. YAB Ayahanda Tun, tak semua yg. beliau cakap termasuk bila beliau mengutuk ISMA, kita harus setuju, tetapi TIDAK bermakna kita benci dgn. beliau, yg. banyak JASA pd. umat Islam/Melayu.

    Nampaknya makin ramai si pemimpin Islam/Melayu BONGKAK dlm. UMNO, yg. tak pernah hidup susah, di suap sudu 'emas' dr. lahir - takkan dengaq cakap rakyat miskin dan tertindas terutamanya umat Islam/Melayu! Tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI! Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

    Memang BALAnya buat umat ISLAM/Melayu kalau Terengganu jatuh kat PRJAHANAM – ini bukan psl PAS sebab PAS adalah KULI si KAPIRDAJALDAPBANGKAI/PKRSODOM; sampai takut nak laksana Huum Hudud ALLAH SWT!

    Sedih betul –YB DS Ahmad Said dianiaya sebegini; bahkan majlis perkahwinan anaknya yg. begitu penting (pd. setiap ibubapa- apalagi pemimpin ISLAM/Melayu/UMNO yg. BERJASA begini), dicemarkan dan dianggap begitu remeh!
    Dahlah tu dilapurkan di Utusan:

    ….ADUN Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang turut menyatakan berdiri teguh sebagai ahli UMNO dan tidak akan sesekali meninggalkan parti keramat itu yang sudah menjadi asas perjuangannya dari dulu, kini dan selamanya.

    Anggota Exco kerajaan negeri itu menyatakan rasa sedih dan kesal
    dengan peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di negeri ini sekarang.

    ``Saya amat kesal kerana kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Bahagian tidak pernah diajak berbincang oleh mana-mana pemimpin tertinggi parti dalam hal pertukaran Menteri Besar,'' ujarnya.

    (di http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_24/3-ADUN-BN-nyatakan-pendirian , 3 ADUN BN nyatakan pendirian)

    Aku harap hal ini TIDAK berkaitan dgn. cadangan YB DS Ahmad Said nak melaksanakan Hukum Hudud kat Terengganu kalau Kelantan mengamalkan Hukum Hudud, dan juga kerana DS Ahmad Said, nak mengamalkan pelancongan berdasarkan ISLAM di Tasik Kenyir - di mana satu dr. air terjunnya hanya utk. kaum wanita!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  9. mat said ni pun poyo jugak.kalau dah rasa tk perfom berundur jelah dan support kerajaan di blkg tabir..ini tidak merajuk mcm budak2 keluar parti..melayu mcm ni hbs lingkup negara...esok lusa cina ambil alih negara baru ternganga mulut luas2...

    ReplyDelete
  10. Jangan hairan dalam umno ramai pemimpin yg tidak berkualiti yang menang dengan membeli undi dari perwakilan untuk memenuhi kepentingan peribadi bukan untuk agama bangsa dan negara....

    ReplyDelete
  11. Saya sangat gembira dengan kejayaan Najib membentuk High Income Nation. Hasilnya sekarang ni BN ada penasihat2 yang dibayar tinggi atas nasihat bodoh mereka dan liabliti kegagalan nasihat 100% ditanggung BN. I love u Najib. Boleh hantar CV tak?? saya pun ada banyak idea2 bodoh yang PMO boleh pakai hehehe.

    ReplyDelete
  12. Kalau ye pun pihak istana tak suka najib tak boleh nasihat ke beri masa sedikit lagi utk menyelesaikan masaalah ni kalau di selangor bermacam macam derhaka dibuat pihak pakatan dgn pihak istana... Ada ini sengaja disusun oleh raja arifin utk menjehanam kat umno....

    ReplyDelete
  13. sesekali najib perlu di ajar cara begini , dia ingat dia dan punahsihatnya selalu betul , gua respek lu mat said...

    ReplyDelete
  14. kita tidak berapa di tempat mereka, tempoh satu tahun yg yb mat said minta pun telah tiba, tak payah le kita nak menyibuk sbg keyboard warrior.

    ReplyDelete
  15. Setuju dgn mkcik sambal belacan, x kne batang idung sendiri cakap mmg la sedap kan

    ReplyDelete
  16. Banyak juga yer blogger pengampu baik punye ampu najib citer semua yg elok2 belaka

    ReplyDelete
  17. Berapa kali kenduri kahwin anak mung mat said? aritu dah buat kat TTI. Sultan pun datang. Ni nak buat kat Kijal pulak. Lepas ni berapa kali kenduri lagi. Lagi tunggu lagi teruklah kau ganyang YB Razif. Sebelum ni pun puak2 mu bukan main lagi ganyang dia. Siap ada puisi, blog fitnah dan mcm2 lagi. Pegi setel masalah peribadi nu dulu.

    ReplyDelete
  18. OI anon 12.46pm, sekrg. bukan main PEMBODEK YAB PM nak HINA lagi YB DS Ahmad Said, tuduh beliau sengaja buat dua kenduri kahwin - kononnya sengaja nak perkenakan YAB PM! Baik mereka lihat jawapan BERNAS ni - yg. jawab FITNAH jahanam tu! Lihat di http://khairulryezal.blogspot.com/2014/05/majlis-persandingan-anak-perempuan.html , 3 Majlis Persandingan Anak Perempuan Ahmad Said Pada 10 Mei Dan Sultan Mizan Tepung Tawar - Drama Apakah Ini?, May 13, 2014:

    Anonymous said...

    Drama yg cuba diputarbelitkan pengampu najib...dan macai barua di pwtc..apa salahny mat said buat 10hb dan 17hb?najib buat majlis anak dia lagi grand...klu kita lihat...majlis 10hb tu dihadiri oleh baginda Sultan...sudah tentu majlis dibuat dgn dihadiri oleh vip2 dan dibuat di KT....majlis 17hb dibuat dikemaman...klu kita lihat betul kad undangan tersebut adalah utk majlis kesyukuran..utk makluman..dipantai timur walimatul urus dan majlis kesyukuran membawa pengertian berbeza....klu kad jemputan ditulis walimatulurus...para jemputan boleh memberi salam keruk) spt di n (sumbangan bentuk RM) spt di negeri lain...tetapi ku kad menyatakan majlis kesyukuran..tuan rumah berhajat mengadakan kenduri kesyukuran dan tidak akan menerima sebrg bentuk sumbangan wang..biasa tetamu akan membawa brg spt tepung,gula, biskut dll...atau hadiah yg diberikan kpd pengantin..justeru tak salah mat said mengadakan majlis di kemaman pd 17hb tersebut yg jemputannya terdiri dr org2 kemaman terutama pengundi dan org kg beliau...mgkn sbb tu yg mat said terasa sgt sbb majlis tu utk meraikan masyarakat setempat..dia pun mungkin nak meraikan masyrakat setempat kal terakhir sbg mb..perkara ni yg najib dan pencacai di pwtc susah sgt nak paham..

    Tuesday, May 13, 2014 10:40:00 PM

    ReplyDelete
  19. Malangnya, ada saudara aku pun yg. terpaksa buat kenduri kahwin anak dia dua kali sebab satu utk. tetamu biasa dan satu utk. Bos Melayu dia, yg. mesti dilayan spt. VIP-no-1, dgn. majlis yg. mahal sikit (takkan nak buat majlis VIP utk semua org - mana nak mampu!)! Itulah karenah si Melayu VIP bongkak zaman sekrg; nasib baik saudara aku tu dibantu saudara lain - kalau tidak dah jatuh bankrap!

    ReplyDelete
  20. Woi Anon 1:06 AM, kau pegilah jilat mat said nu. kes perempuan simpanan 3 juta xsetel lagi. Bila kene gugur bgtau pasal kenduri kahwin. Kalau xde kenduri kahwin bagi alasan lain pulak. Alasan tipikal Melayu. Lepas kenduri kahwin, majlis kesyukuran pulak. Lepas majlis kesyukuran majlis resepsi pulak. Lepas resepsi sambut menantu pulak. Lepas sambut menantu hantar anak pulak. Lepas hantar anak, anak naik rumah pulak. Sampai bile pun xhabis. Mat said xigt ke dulu masa PRU13 dia duk buat onar pasal calon BN? Masa naik jadi MB dulu bukan main lagi puok2 mat said cucuk sana cucuk sini nak jadi mb. pastu suruh org lain jaga parti, bukan individu. sekarang dah kene btg hidung sendiri, eh pasal kenduri kahwin pulak. pegi mamposlah kau mat said. jgn lupa bawa sekali anjing dan pembodek kau.

    ReplyDelete
  21. OI anon 3.26am, kau pergilah jilat si Islam/Melayu LIBERAL! Tak habis-habis nak FITNAH YB DS Ahmad Said! Pi mamposlah kau dan jgn lupa bawa sekali anjing dan pembodek kau!

    ReplyDelete
  22. Anon 3:26 tu kalau bukan dari golongan kafir harbi mesti dari gulongan al munafikun.
    Atau pun dia sesat masuk sini.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.