Friday, May 30, 2014

Taktik Kotor DAP dan Pas Berkempen Di PRK Teluk Intan DiKutuk


DAP kini semakin terdesak apabila menggunakan pelbagai cara untuk membrukkan parti lawan iaitu BN dengan membuat mengupah beberapa samseng menconteng poster calon DAP agar parti BN dapt dipersalahkan.

Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan sedemikian menggambarkan DAP takut tidak mampu memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan.

"Pelbagai taktik kotor pembangkang gunakan, dan kita (BN) tidak akan tunduk kepada tekanan. Malah kita ambil tindakan proaktif dan tidak akan mengikut seperti mereka," katanya lagi

Muhyiddin berkata selain itu, ceramah besar-besaran membabitkan calon dan pemimpin pembangkang yang diadakan malam tadi turut melambangkan mereka tidak menghormati kemangkatan almarhum Sultan Azlan Shah.

Almarhum Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada Rabu dan dikebumikan lewat petang semalam di Makam Diraja Kuala Kangsar.

Perak kini dalam tempoh berkabung selama 100 hari dan dalam tempoh seminggu pertama, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan.

Pada PRK Teluk Intan, pihak pembangkang melemparkan pelbagai tohmahan terhadap BN dan calonnya Mah, selain didakwa melempar cat hitam dan merah terhadap beberapa poster Mah serta mencontengnya dengan perkataan 'bodoh'.

Mah sebelum ini turut mendakwa pembangkang menyebarkan maklumat palsu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), meminta penduduk Teluk Intan datang ke pejabatnya untuk mendapatkan sumbangan kewangan.

Berita palsu ini menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai apabila gagal memperoleh sumbangan itu.

Menyentuh kempen BN, Muhyiddin berkata jentera BN akan menggunakan tempoh terakhir berkempen hari ini untuk terus menarik sokongan pengundi, dengan memberi tumpuan kepada beberapa kawasan tertentu.

Muhyiddin berkata, penjelasan berterusan oleh jentera parti bagi menjawab pelbagai tohmahan pembangkang, khususnya mengenai kos hidup, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan rasuah diterima dengan baik.

"Saya percaya isu-isu ini tidak akan berlarutan," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, timbalan perdana menteri berkata kaum India yang mewakili kira-kira 20% pengundi kawasan itu turut mempunyai peranan besar untuk menentukan kemenangan BN di Teluk Intan.

7 comments:

  1. Kalau kotor tak kan >10k datang dalam rapat terakhir DAP malam ni manakala di pihak BN hampas.Kalau sendiri bergelumang najis jangan tuduh orang lain main kotoran.

    ReplyDelete
  2. Sudahlh umporno (Wak Sembab) dulu PRK Kajang pn lu ckp lagu yg sama akhirnya kecundang, lu ingat Anson mcm Pagoh ke?, pengundi penerima BR1M Pagoh anggok aje ckp lu, ini pengundi Anson tau, Mah menang kalu jadi menteri, ape melayu Anson dpt?... tu ari menteri Wak Maat ceramah pn 70 org hadir, ape dh jadi ? kalau ketua cwgn Anson gua x tau brape yg hadir.... gua caya esok mengundi pasti pengundi Anson tolak Bn/Umporno spt di Kajang.......Jom tolak BN/Umporno..... Celaka Umporno.....

    ReplyDelete
  3. Gua setuju dgn lu Anoy 1145pm tu ari Zahid Komedi ckp DAP guna samseng ugut org kpg suruh undi DAP, ape ni Zahid ckp sebagai menteri KDN ngape polis x tangkap kalau betul samseng ugut? Jgn kelentong lh pemimpin umporno yg tak bertelor hoi, kalau betul ade ugutan ngape polis x bertindak? boleh Zahid kata bagi amaran aje..... mmg celaka umporno ni, mmg kuat fitnah so hrp pengundi Anson tolak BN/Umporno esok...... slmt mengundi n jgn lupa tolak BN/Umporno....

    ReplyDelete
  4. umporno?? bgus gak tu... leh wat duit... pelakonnye da tntu ... bekas banduan si ketua umum parti mata illuminati lebam... boleh tahan gak lakonan die... nxt time soh die wat skill lain sket... asik bnda sama je.. hilang feel... rugi industri cenggini...

    ReplyDelete
  5. Kalau Dapig menang pun apa lu dapat?

    ReplyDelete
  6. Kata umporno tapi pelakonnya dari mana ya? Kah kah kah

    ReplyDelete
  7. 10K itu bukan dr telok intan...diimport dari ipoh yob..apa nak diherankan

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.