Tuesday, May 13, 2014

Terengganu Tumbang Hanya Beberapa Jam Selepas MB Baru Angkat Sumpah


Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.






Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said 

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar daripada parti tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.



Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib


Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.


Daripada elok-elok Barisan Nasional memerintah dengan aman ada pula mangkok yang sibuk ganggu pentadbiran kerajaan negeri Terengganu sehinggakan memaksa Datuk Seri Ahmad Said meletak semua jawatan termasuk menteri besar dan terus keluar daripada umno.

Sekarang menteri besar baru sedang siapkan draf untuk bubarkan Dun atau pembangkang akan ambilalih kerajaan negeri Terengganu jika dua Adun Bebas menyokong pembangkang.

8 comments:

  1. Mee Sedaaap kari Mat Said memang thor baeeekkkkk!

    ReplyDelete
  2. BALAnya buat umat ISLAM/Melayu kalau Terengganu jatuh kat PRJAHANAM! Sedih betul -harap YB DS Ahamd Said tidak dianiaya.

    Aku harap hal ini TIDAK berkaitan dgn. cadangan YB DS Ahmad Said nak melaksanakan Hudud kat Terengganu kalau Kelantan mengamalkan Hudud, dan juga kerana DS Ahmad Said, nak mengamalkan pelancongan berdasarkan ISLAM di Tasik Kenyir - di mana satu dr. air terjunnya hanya utk. kaum wanita!

    Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  3. Inilah sikap melayu...turun pangkat sikit merajuk dan nk jahanamkan melayu sndri.cerminlah diri tentu ada sebab knp kena berundur.kalau kita tersangat bagus sekalipun org tetap nmpk kita buruk.matang lah sikit.

    ReplyDelete
  4. Hidup bergantung Materialistik itulah wabak umat akhir zaman.

    ReplyDelete
  5. Ini semua kpandaian Tengku Adnan..dia hebat..bijak.tapi bangang nk mampus..skrg dia kna perbetulkn balik..

    ReplyDelete
  6. Dari awal lagi Ahmad Said memang jenis tak peduli sangat dengan apa orang lain kata. Namun tentu di satu sudut hatinya masih ada ruang untuk kebijaksanaan, berfikiran jauh dan ikatan kasih sayang terhadap bangsa dan agamanya. Semua pihak yang berkepentingan perlu memujuknya kembali terutama tokoh2 yang masih dihormatinya.

    ReplyDelete
  7. surat rasmi pun typo? politik jadi potilik? copy paste je surat ni.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.