Thursday, May 15, 2014

Umno Bertindak Kasar Dan Selalu Buat Kesalahan Yang Sama Kata Tun Mahathir


Kepimpinan tertinggi UMNO perlu menangani kemelut politik Terengganu secara berhati-hati dan menggunakan diplomasi agar parti dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat kepercayaan mentadbir negeri itu.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menegaskan demikian berkata, jika pemimpin UMNO pusat menggunakan pendekatan secara 'kasar', ia hanya mengundang masalah seperti terjadi ke atas bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak meninggalkan parti.

"Kalau kita ambil tindakan yang kasar, bagi dia (Ahmad) kalau tinggalkan UMNO, tiada masalah.

"Tidak seperti di sesetengah negeri, macam Johor, UMNO sudah menjadi darah daging. Kalau orang di Kelantan pula, nak tinggalkan PAS dan UMNO agak payah sebab pegangan mereka kuat.

"Kedua-dua pemimpin (di peringkat pusat dan negeri) mesti terima ada kesalahan di kedua-dua pihak," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang pembangunan politik daripada Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah di Jakarta, Rabu.

Hadir sama di majlis itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Terengganu menjadi tumpuan sebelum ini selepas Ahmad yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO setelah meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Dr Mahathir berkata di Terengganu tindakan pemimpin UMNO keluar parti bukanlah isu besar berbanding negeri lain.

Beliau berkata di Terengganu, tukar parti perkara biasa dan mereka gemar melakukan percubaan.

"Dia cuba UMNO selepas itu dia cuba PAS. Lepas itu dia cuba UMNO semula.

"Itu cara dia (orang Terengganu), jadi kita kena berjaga-jaga kerana dia mudah beralih. Ini karakter (perangai) orang Terengganu," kata Dr Mahathir.

Menurut Dr Mahathir yang pernah menjadi presiden UMNO, krisis politik di Terengganu itu berpunca daripada kelemahan parti UMNO sekarang.

"UMNO kini lemah. Sedikit sebanyak kerana pandangan (anggota) ialah (fokus) kerajaan terhadap masalah orang Melayu, masing-masing berkata, berkurangan kerana layanan yang kuat diberi kepada parti lawan dan orang Cina.

"Jadi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.

"Bagi mereka sokong pun bukan kerana kepimpinan tetapi kerana tidak suka kepada parti lawan," katanya.

Dr Mahathir berkata kepimpinan tertinggi UMNO perlu memahami sentimen penyokong di peringkat akar umbi bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau menegaskan pemimpin UMNO tidak seharusnya mendengar bulat-bulat individu yang berada di sekeliling mereka sahaja, sebaliknya perlu memahami keluhan anggota parti yang sentiasa menyokong UMNO.

"Pemimpin mesti sedar tentang perasaan orang bawah. Jangan harap orang yang dekat sahaja. Kita kena tahu orang di bawah, dia rasa macam mana.

"Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara dasar pentadbiran tetapi mereka tidak tahu macam mana nak gunakan saluran (menyuarakannya) kecuali melalui pilihan raya," katanya.

Dr Mahathir berkata sebenarnya UMNO banyak melakukan kesilapan yang serupa, namun tidak ramai pemimpin parti itu yang berani tampil memperbetulkan kesalahan tersebut.

Ini menyebabkan kepimpinan tertinggi merasakan apa yang dilakukan mendapat sokongan, kata beliau.

"UMNO jarang belajar...saya dah kata berkali-kali tetapi mereka tidak sedar. Kita akan kehilangan (kuasa) kerana UMNO tidak belajar dan buat kesalahan yang sama," katanya.

8 comments:

  1. Sokong tun 100% , rindukan pemerintahan tun...najib dengar cakap bini sama kj tun

    ReplyDelete
  2. Tak sokong Tun
    Bukan UMNO yang lemah!!
    DAP yang kuat! Parti komponen yang sebenarnya yg lemah.

    ReplyDelete
  3. At least bini Najib tu mulia lagi Dari jijah sepat! Jijah sepat tau apa? Subahat zina ngan berjubor! Tu jer yg dia tau! Tamak kuasa, tak tau buat kerja, Asyik nak jadipresiden

    ReplyDelete
  4. kalau boleh PM bantulah sungguh-sungguh orang melayu. kalaupun di takdirkan Allah kalah juga umno, tapi nama mu tetap di abadikan dan dikenang sepanjang zaman.Amin !

    ReplyDelete
  5. Betul tu!!
    Jijah bila nakbertaubat

    ReplyDelete
  6. Harapnya YB DS Ahmad Razif ialah seorg pemimipin ISLAM/Melayu TULEN yg. berjuang demi ISLAM/umatnya! Dan sepatutnya mana-mana pemimpin BONGKAK dlm. UMNO dpt. pengajaran bahawa JANGANlah melayan pemimpin ISLAM/Melayu yg. BERJASA mcm. YB. DS Ahmad Said seolah mcm. hampas – rakyat biasa, walau sayang UMNO, tidak mahu pemimpin berjiwa rakyat spt. YB. DS Ahmad Said diHINA sebegitu!

    'Perpaduan' bukan bermakna kita mesti TUNDUK mcm. LEMBU bodoh pd. mana-mana si pemimpin Islam/Melayu BONGKAK, yg. tak pernah hidup susah, di suap sudu 'emas' dr. lahir - yg. takkan dengaq cakap rakyat miskin dan tertindas terutamanya umat Islam/Melayu! Tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya, ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI!

    Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

    Patutnya mana-mana si LIBERAL-LIBERAL-BANGANG-Penasihat-YAB PM/TPM harus diPECAT!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  7. Bagaimana pula dengan berita2 yang entah benar atau kabar angin yang mengatakan dikalangan penjawat awam kerajaan sudah ramai yang dalam diam2 menyokong pihak pembangkang. Kemungkinan ini berlaku kerana ketua jabatan merasa tidak puas hati dengan tekanan dari orang tertentu yang memaksa mereka berlaku tidak adil dalam urusan2 di jabatan mereka. selaku ketua jabatan tentu luahan hatinya diambil kira olih pegawai2 bawahannya. kebencian mereka kepada individu luar yang mencemarkan nama baik jabatan mereka menyebabkan mereka menyalahkan pemerintah dan sokongan politik mereka tentunya beralih arah.
    Ketua jabatan juga adalah orang yang berpengaruh dan dikenali rapat olih ketua2 jabatan dipihak lain yang sering berurusan. segala kemelut berlaku dalam jabatan kerana campurtangan orang luar itu akan menghasilkan cerita2 sensasi dikalangan mereka. Maka tidak hairanlah jika cerita2 ini menular ke segenap penjawaat awam bermula dari pegawai atasan hingga kejawatan pembantu pejabat sekalipun.
    Jelaslah campurtangan pihak luar dapat melemahkan pentadbiran jabatan yang terlibat dan rasa diri dikongkong pihak luar menyuburkan rasa marah dikalangan mereka terhadap pihak yang masukcampur itu. dan saperti dikatakan rasa marah ini akan dilempiaskan kepada kuasa politik parti pemerintah.
    Apakah pihak pemerintah masih memandang rengan lagi perkara2 besar sebegini?

    ReplyDelete
  8. Penjawat awam yg menyokong pembangkang bukan khabar angin lagi..di sekeliling saya, malah ramai dari kalangan saudara mara saya adalah penjawat awam. Dan mereka adalah penyokong kuat pembangkang.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.