Wednesday, June 4, 2014

Australia Keluarkan Tender Terbuka Untuk Cari Pesawat MH370


Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengeluarkan tender terbuka bagi mengendalikan pencarian dasar laut untuk mengesan pesawat MH370, bermula Ogos ini.

Salinan tawaran tender terbuka itu boleh didapati menerusi laman web AusTender disini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.

Biro itu berkata, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu akan dilantik sebagai kontraktor utama di bawah arahan ATSB.

Katanya, ia bagi melaksanakan pencarian pesawat itu yang dijangka mengambil masa selama 12 bulan, bagaimanapun faktor cuaca turut memainkan peranan.

"Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam kenyataan akhbar.

ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat.

Katanya, kawasan pencarian yang tetap sedang dibuat oleh kumpulan kerja strategik antarabangsa dan akan dimuktamadkan dalam tempoh antara dua atau tiga minggu lagi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.