Monday, June 23, 2014

DAP tercabar bila ISMA bongkar agenda jahat mereka


DAP mendesak supaya pimpinan ISMA didakwa di bawah Akta Hasutan. Dalam bahasa ringkasnya, mereka ingin pimpinan ISMA dipenjara atau dijatuhi hukuman yang setara dengan penjara. 


Pemimpin DAP terutamanya Lim Kit Siang yang pada kebiasaannya menjadikan PM sebagai subjek cacian dan cemuhan dengan pelbagai gelaran tiba tiba bertukar wajah menjadi perayu kepada PM supaya tindakan diambil terhadap ISMA.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap ISMA supaya tindakan dikenakan. DAP seolah-olah bersama PM untuk menjaga perpaduan nasional. DAP terutamanya Lim Kit Siang mengharapkan PM ambil tindakan terhadap ISMA. ISMA dituduh racun dan pemecah belah masyarakat.

Bagaimanakah sebaliknya? Tujuan DAP adalah untuk menyekat kemaraan ISMA yang mula membongkar agenda mereka yang tersirat di sebalik keadilan yang mereka perkatakan. Keadilan bagi mereka apabila agenda mereka tercapai. 

Agenda mereka ialah menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mereka juga menolak Malaysia adalah negara orang Melayu yang menerima bangsa lain hidup bersama. Dua agenda ini merupakan agenda utama mereka. Tidak menerima Islam sebagai agama Persekutuan dan menolak bangsa Melayu sebagai pemiliknya. 

Secara tersurat mereka berselindung di sebalik perjuangan keadilan sejagat. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk melindungi agenda mereka tetapi semua berkisar kepada dua agenda utama di atas.

Mereka akan menggunakan pelbagai teknik dan cara, yang penting agenda mereka tercapai. Pada masa tertentu mereka merayu, kadang-kadang menghentam dan mencabar. Tapi mutakhir ini mereka sudah berani mencampuri urusan agama bangsa Melayu dengan mencampuri mana yang perlu dan mana yang tak perlu dalam urusan agama. 

DAP merasa tercabar bila ada NGO Islam seperti ISMA dan beberapa NGO lagi yang mula membongkar agenda jahat mereka untuk menafikan hak bangsa Melayu terhadap bumi Malaysia dan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara.
Sementara itu PAS dikatakan punca DAP bersikap biadap terhadap umat Islam di Malaysia apabila pemimpin PAS tergamak menghancurkan Majlis Agama Islam Selangor demi mempertahankan bible berbahasa Melayu yang dirampas.

Persoalannya perjuangan apakah yang sedang dipejuangkan oleh PAS ketika ini sehingga sanggup menjadikan Islam sebagai musuh politik mereka?

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.