Sunday, June 8, 2014

Empat Mazhab Berpegang Teguh Apa Saja Berkaitan Babi Adalah Haram Kata Ustaz Kazim


Seorang ulama, Dr Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Pendapat Penceramah terkenal ustaz Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

7 comments:

  1. Bolehnye bukan halal, tp rukhsah bila terpaksa. Yg boleh tu pulak hanyalah sekadar yg terpaksa tu je atas dasar rukhsah, bukan jadi halal ikut suka kita.
    Geng geng penganut anak pak wahab ni biase le, hukum hakam ikut suka die je, sebijik mcm geng geng sebelah sane.

    ReplyDelete
  2. Alahai Ala Kazam

    ReplyDelete
  3. Qaradawi dan asri tak bawak dalil naqli..contoh makan buah yg guna baja tahi babi adalah proses semulajadi alami..serapan pokok secara semulajadi tentu berbeza dengan ambil daging babi diproses jadi gelatin..itu sengaja ambil benda haram..kenapa tak ambil dari daging lembu sembelih??..makin kelirulah orang islam ..

    ReplyDelete
  4. Sebab tu Pas sokong bila DAP lulus RM100juta untuk ternak babai di Selangor........halal rupanya

    ReplyDelete
  5. Esok esok ada pulak org Islam yg ternak babi dgn alasan boleh ditransform jadik halal.

    ReplyDelete
  6. SYUKUR ALHAMDULILLAH kita ada seorg. tokoh agama TULEN dan BERANI mcm. YB Ustaz Kazim!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. Minta Cadburry buat laporan polis...siapa buat fitnah sampai begitu kejam..dan kami adik beradik tak sehaluan...saya masih caya dengan umarak dan ulama malaysia.Rasanya dah berbakul JAKIM kena maki. Kalau benar cadburry lalai ia patut di hukum dengan seberat beratnya.
    Jika memang ada perancangan utk buat fitnah..rasanya dalang tersebut patut di hukum mati...
    Harapan saya.. kebenaran akan di ketahui secepat mungkin .

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.