Saturday, June 14, 2014

Guan Eng Belasah Nik Aziz Sebab Nasihatkan Dyana Dalam Isu Hudud


DAP mempertahankan dan terus menyokong kenyataan bekas calonnya bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

Sebelum ini Dyana telah dinasihatkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar meletakkan kepentingan Islam sebelum parti cauvinis DAP.

Lim Guan Eng berkata keputusan parti menentang pelaksanaan hudud PAS adalah 'sangat jelas'. "Nik Aziz boleh berkata apa yang dia suka tetapi pendirian DAP jelas".

"Setakat apa yang saya tahu, Nik Aziz boleh memberikan pandangan beliau, boleh nasihat. Bagaimanapun, pendirian kami sangat jelas tetap menolak perlaksanaan Hudud, samada suka atau tidak pemimpin dan ahli parti DAP harus menerima keputusan parti," katanya.

Nik Aziz dilaporkan telah menasihati Dyana, agar meletakkan kepentingan Islam dihadapan berbanding parti yang diwakilinya.

Nik Aziz berkata dia telah bertemu dengan wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang menyatakan dia menentang pelaksanaan hukum hudud.

"Jadi, saya bertanya kepada dia, mana satu lebih penting, agama atau parti? Parti baru lagi wujud sejak 40 hingga 50 tahun, sedangkan agama telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Jadi agama lebih penting," katanya.

"Dia hanya mendiamkan diri selepas itu," kata Nik Aziz.

3 comments:

  1. YB KPN kita dan MAIN serta NGO-NGO Islam/Melayu patut buat lapuran polis dan SYARIAH ke atas DAPBANGKAI, kerana MENGGERTAK/MENGHINA POLIS/DYMM YDPA sbg. Ketua
    Agama Negara/Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/UNDG-UNDG-MAHKAMAH SYARIAH! Lihat di
    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/14/DAP-lodge-police-reports-IGP/ , DAP to lodge police reports nationwide against IGP, June 14, 2014! Aku syaki ini kerana si DAPBANGKAIBABI ni nak MENGGERTAK MAIS yg.enggan memulangkan Bible Melayu, akibat perjuangan BERANI PEMBELA yg. buat repot polis atas si Peguam Negara pasal isu ni!

    Dah tiba masanya penggubalan dibuat supaya undg-undg SYARIAH/PERSEKUTUAN boleh MENGHUKUM mana-mana si KAPIRDAJAL yg. MENGHINA ISLAM/umatnya, kat NEGARA ISLAM ini!

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm:

    Jangan usik perkara 121 Perlembagaan

    Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

    23/02/2012

    MUTAKHIR ini terdapat usaha sesetengah ahli politik khususnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mahu mengembalikan kuasa mahkamah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum tahun 1988.

    Pada tahun 1988 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan perenggan 1A. Perenggan 1A ini mengehadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    Cadangan pindaan tersebut sebenarnya dipelopori oleh Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim yang menyaksikan terlalu banyak campur tangan Mahkamah Sivil terhadap keputusan Mahkamah Syariah.

    Campur tangan ini telah merendahkan Mahkamah Syariah dan meletakkan ia tertakluk kepada Mahkamah Sivil.

    Pindaan yang dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bertujuan memartabatkan mahkamah syariah.

    Ia juga bertujuan membebaskan Mahkamah Syariah daripada belenggu Mahkamah Sivil.

    Hal yang demikian amatlah logik kerana Mahkamah Syariah membuat keputusan berdasarkan jurisprudensnya sendiri yang berpaksikan kepada sumber-sumber hukum Islam manakala hakim Mahkamah Sivil pula tidak terlatih di dalam hukum Islam.

    Perenggan 1A kepada Perkara 121 menyatakan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara yang terjatuh di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

    Mahkamah sivil tidak boleh mengenepikan, menolak, mengakas ataupun tidak menghiraukan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

    Oleh yang demikian Mahkamah Syariah telah dikeluarkan daripada kekuasaan Mahkamah Sivil.

    (TERUSkan MEMBACA....)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Tidak dinafikan bahawa Tuan Guru Nik Aziz cukup kuat dalam usha memertabatkan Islam selaku pegangan hidup/corak memerintah Negara ini. Dan akhir2 ini pihak Umno pun sudah menyatakan kesediaan menerima hukum2 Islam menggantikan hukuman ciptaan manusia dilaksanakan di Kelantan terlebih dahulu. Rata2 rakyat menyambut baik cadangan ini dan sangat diharapkan kekuatan kerajaan Islam akan wujud sekiranya Pas dan UMno bersatu mengrealisasikan cita2 murni ini. Tanpa pepaduan politik secara utuh antara kedua2 parti Melayu Islam ini cita2 tersebut mungkin berkubur bagitu sahaja.

    Olih itu demi kepentingan Islam, apa lagi hendak ditunggu kerana jalan lurus telah terbentang dihadapan. Perasaan dan kehendak majority rakyat Melayu Islam mesti dihormati dan tolaklah keinginan mengekang kuasa yang hanya beberapa tahun sahaja akan berlalu pergi . Rakyat Melayu Islam dari parti mana pun yang berpegang teguh pada tali Allah swt itu sentiasa menaruh harapan besar untuk melihat Negara ini menjadi Negara Islam sebenar.

    Pertolongan Allah swt akan datang sekiranya jalan Allah swt dilaksanakan tetapi musibah akan sentiasa meliputi penghidupan manusia itu yang mengamalkan corak pemerintahan ciptaan manusia ingkar Islam.

    ReplyDelete
  3. Tak payah buang masa membaca kemelut Pas Dan DAP ni. Kasih saying PAS terhadap DAP sangat just. Walau pun DAP dengan jelas tolak hudud sokonngan PAS pas terhadap DAP tak pernah luntur.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.