Thursday, June 19, 2014

Isu Bible: Sultan Selangor Enggan Layan Kehendak Pengkhianat Islam


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah enggan melayan puak-puak Islam yang berkepentingan yang ingin menjadi hero kepada kafir kristian sebaliknya telah menitahkan agar Jabatan Agama Islam selangor (Jais) merujuk isu rampasan Bible Melayu kepada prosedur undang-undang dan proses perundangan sedia ada.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan langkah itu perlu untuk melindungi kemurnian undang-undang dan sensitiviti semua pihak yang terlibat dalam isu tersebut.

Baginda juga menyeru semua pihak terutamanya ahli politik yang berkepentingan atau pemimpin Islam yang bercakap bagi pihak Kristian supaya menghentikan kerja-kerja mengeliru orang ramai dengan mengemukakan jalan penyelesaian yang tidak mengikut lunas undang-undang serta sebarang cadangan yang tidak wajar.

Sultan Selangor menegaskan bahawa anggota politik tidak menggunakan isu tersebut untuk kepentingan parti masing-masing.

“Biarlah perkara ini diselesaikan oleh pihak-pihak yang diberikan kuasa untuk menyelesaikannya.

“Perkara berkaitan agama adalah isu yang sensitif. Oleh yang demikian, Tuanku Sultan menasihati mana-mana pihak yang tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut berhenti daripada mengeluarkan kenyataan dan menambah rumitkan keadaan

Sultan Sharafuddin bagaimanapun menegaskan, sama ada Bibles berkenaan wajar dipulang atau dimusnahkan haruslah dilakukan mengikut lunas dan proses perundangan dan prosedur undang-undang.

4 comments:

  1. Ini jawaban betul. MAIS dan JAIS kena lebih agresif dan bijak bekerja menegakkan maruah Syariah Islam.

    ReplyDelete
  2. MAIS dan JAIS jangan pulangkan . Keungulan agama Allah swt yang Allah swt sendiri wajibkan seluruh manusia memeluknya tidak berhak dicabar walau sbesar atom sekalipun sampai tibanya hari kiamat. Ini pegangan hidup orang2 yang benar2 bergantung kepada tali Allah swt (alquraan dan Sunnah Nabi saw).

    ReplyDelete
  3. KEJAM betul BUMIPUTERA ISLAM/Melayu diANIAYA dgn. begitu HINA di NEGARA ISLAM kita, PUSAKA nenek moyang kita ini - oleh si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL!

    Harapnya lepas kejadian ini MAIS/JAIS akan lebih TEGAS menggunakan kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA/Kesultanan ISLAM/Melayu utk. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya, mengikut undg-undg SYARIAH/Perlembagaan! Dan jgn. nak tunduk pd. GERTAKAN si JPM-LIBERAL, yg. disyaki nak MEMANIPULASI JAKIM, mengikut kerakusan politik DAJAL JPM-LIBERAL, utk. ambil-alih kuasa EKSEKUTIF Kusultanan Melayu/MAIS-JAIS ini!

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm , Jangan usik perkara 121 Perlembagaan, Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, 23/02/2012!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  4. Benar, Makcik Sambal Belacan. Sokongan dari kami Melayu Islam di Tanah air kami sendiri.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.