Tuesday, June 24, 2014

Kalimah Allah: Peguam Negara Boleh Panggil Pihak yang Hina Mahkamah Termasuk Majlis Peguam



Hakim menerusi Peguam Negara boleh memanggil mana-mana pihak yang secara jelas menghina keputusan mahkamah seterusnya boleh dipenjarakan sekiranya didapati bersalah.

Pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata budaya mengkritik tidak pernah menjadi suatu kesalahan namun gambaran negatif terhadap institusi kehakiman perlu dibendung.

"Apa yang dilakukan seperti menghina mahkamah ini adalah suatu kesalahan jenayah. Mahkamah persekutuan boleh memanggil pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina mahkamah untuk menjawab didepan hakim yang dihina itu.

"Jika bersalah, mereka boleh dipenjarakan sama seperti kes seorang imam yang bertindak membaling selipar kepada hakim. Jadi perkara sama boleh dikenakan kepada Presiden Majlis Peguam atau mana-mana pihak yang menghina mahkamah," katanya ketika ditemui hari ini.


Mohd Khairul yang mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan The Herald berhubung isu penggunaan kalimah Allah turut memberitahu, ramai pihak yang cenderung mengkritik keputusan tersebut termasuk Majlis Peguam.

Katanya, tindakan sedemikian amat menyedihkan kerana bercanggah dengan tanggungjawab badan profesional itu iaitu memastikan masyarakat menghormati mahkamah serta memelihara badan kehakiman.

Sehubungan itu Mohd Khairul berpendapat bahawa Peguam Negara perlu memainkan peranannya bagi memelihara badan kehakiman daripada terus menerima persepsi buruk daripada masyarakat.

"Hakim ada kuasa itu tetapi untuk membolehkan hakim berbuat demikian adalah Peguam Negara. Peguam Negara perlu menfailkan notis usul di mahkamah persekutuan. Ini adalah kerja Peguam Negara, jika tidak mampu berbuat demikian Peguam Negara perlu dipecat,"

"Jika Peguam Negara sibuk bermain golf dan tiada masa, maka pihak-pihak lain yang terlibat seperti Majlis Agama Islam Terengganu atau Melaka boleh berbuat demikian. Pada saya benda ini perlu dibuat. Jika dibiarkan, akan ada pihak yang terus menghina mahkamah. Perlunya menghukum seorang supaya tiada lagi yang berani menghina mahkamah selepas ini," katanya.


Tambah beliau lagi, rasa ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu terhadap keputusan mahkamah boleh disampaikan melalui satu platform tertutup sekaligus dapat mengelakkan persepsi yang tidak baik terhadap institusi kehakiman.

"Bukan tidak boleh mengeluarkan kenyataan namun jangan sampai menghina dan menjatuhkan intergriti mahkamah. Kenyataan yang dibuat secara terbuka hingga mencetuskan kebencian terhadap badan kehakiman,"

"Jika tidak puas hati, bawa ke perjumpaan tertutup. Biarpun tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuat, setidak-tidaknya ketidakpuasan hati itu disampaikan dengan cara beradap, dan profesional. Jika tidak maka tiada bezanya mereka dengan monyet yang meloncat dari satu pokok ke satu pokok yang lain walaupun mereka pakai baju peguam tetapi sebenarnya mereka adalah monyet," tegas beliau.

5 comments:

  1. Di dalam Majlis Peguam, lebih banyak babi daripada monyet.

    ReplyDelete
  2. Wakakaka, betui betui betui sokong 100%

    ReplyDelete
  3. Sekiranya keputusan mahkamah berada dipihak gereja,apa agaknya komen si mamat ni......

    ReplyDelete
  4. Peguam Negara takkan berani nak dakwa mereka ini. Peguam Negara sekarang hanya berani ambil tindakan pada penyokong UMNO saja. Lihat saja kes Khir Toyo di mana pendakwaan express dilakukan dan dengan lantang kenyataan Khir Toyo di sanggah oleh Peguam Negara. Tapi Anwar yang selalu hina mahkamah, Peguam Negara jadi syaitan bisu.Ini semua angkara Najib.

    ReplyDelete
  5. PM lembik maka Peguam Negaralah raja...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.