Tuesday, June 17, 2014

Kenapa DBKL Langgar Arahan Mahkamah?


Surat Mahkamah Tinggi sudah pun keluar pada 12 Jun 2014 bagi menghalang kerja-kerja menceroboh atau menceroboh kawasan perumahan Kampung Chubadak Tambahan di Sentul tetapi malang sekali, hampir semua rumah telah selamat direbahkan ke bumi!

Tangisan penduduk yang menjadi mangsa kerakusan pihak pembuat keputusan merobohkan rumah mereka sudah tidak bermakna lagi.

Tempat berteduh sudah musnah dan hati mereka yang merobohkannya mungkin puas melihat kerja-kerja yang dilakukan gagal dihalang penduduk yang rata-rata adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Sebelum rumah mereka dirobohkan, penduduk merayu, menangis malah ada yang meraung sampai pengsan di hadapan sekumpulan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mereka cuma merayu agar kerja-kerja meroboh itu ditanghuhkan kerana mereka sedang menanti keputusan mahkamah. Itulah yang diminta sambil cuba menghalang keganasan jentolak DBKL meluru ke arah rumah mereka.

Berkat doa penduduk teraniaya yang bakal menyambut Ramadan tidak sampai dua minggu lagi ini, akhirnya surat perintah Mahkamah Tinggi berjaya diperoleh.

Serta merta kerja-kerja meroboh dihentikan dan tidak ada lagi kelibat penguat kuasa DBKL di kawasan kampung tersebut yang telah pun dimusnahkan.

Apa yang menghairankan, kenapa kerja-kerja meroboh tidak diteruskan sahaja sehingga kampung tersebut menjadi padang jarak padang tekukur?

Kenapa boleh berhenti sebaik sahaja surat perintah Mahkamah Tinggi dikeluarkan sedangkan surat itulah yang memaklumkan permohonan penduduk sedang diproses sebelum tindakan meroboh diambil oleh DBKL?

Di sinilah letaknya peri kemanusiaan dan timbang rasa dalam menentukan sesuatu keputusan. Penangguhan yang diminta penduduk sepatutnya boleh dipertimbangkan kerana mereka ada asas yang kukuh menunggu keputusan mahkamah.

Apa yang dilihat, kerja-kerja yang dilihat terburu-buru ini tidak langsung mencerminkan kejujuran dalam pelbagai aspek.

Pendek cerita, kejadian di Kampung Chubadak bagai ada yang tak kena sehingga kerja-kerja meroboh seperti tidak boleh ditunggu kerana desakan pembangunan.

Walaupun sehari, rumah-rumah di situ wajib dimusnahkan sedangkan bila dikaji balik, projek pembangunan yang hendak dibina bukanlah akan dibuat minggu depan.

Perkara sudah berlaku dan hasilnya, penduduk yang menjadi mangsa hilang tempat berteduh. Bila keluar surat mahkamah, mereka melahirkan rasa syukur namun di sebalik itu, siapa yang bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi rumah yang telah dirobohkan.

Apakah DBKL yang bertindak melulu tanpa ada timbang rasa untuk menunggu seketika akan bertanggungjawab untuk mengembalikan rumah mereka?

DBKL boleh buat kenyataan membela diri tetapi sesuatu yang perlu dipersoal, apakah DBKL akan melakukan perkara sama jika kejadian itu melibatkan rumah keluarga sendiri?

Sedihnya kita yang melihat tidak akan sama dengan kesedihan yang ditanggung oleh mangsa. Sekiranya ada pertimbangan atau sedikit sifat perikemanusian sebelum perintah mahkamah dikeluarkan, DBKL akan menjadi badan yang disanjung selamanya.

Malang sungguh, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan DBKL akan terus dikenang sebagai badan yang membawa imej buruk kepada kerajaan! Itulah hakikatnya.












4 comments:

  1. Cuba kawasan Cina..berani ke?

    ReplyDelete
  2. Patutnya kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA digunakan mengikut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, utk. MEMPERTAHANkan kpg-kpg. Melayu spt. kpg. MALANG ini, di tanah k'jaan!

    Sedangkan TANAH PUSAKA Rizab Melayu boleh pula diSAMUN sewenangnya oleh si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL - yg. jelas menyalahi Perkara 153 Perlembagaan Malaysia; maka tanah pusaka ini mesti diKEMBALIKAN segera walau seinci! Aku syak ada si PENDATANG KAPIRDAJAL bina tokong/kuil/kubur HARAM kata atas tanak pusaka nenek moyang kita ni – lansung pemimpin UMNO-LIBERAL jkadi PENAKUT nak halau! Maka, NGO-NGO Islam/Melayu mesti buat repot polis psl. kemungkinan RASUAH oleh K'jaan Selangor dan yg. jelas melanggar Perkara 153 Perlembagaan pasal Tanah Rizab Melayu ini!

    Lihat kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA melindungi hak keistimewaan Bumiputera ISLAM/Melayu dan Bumiputera lain, termasuk dlm. pekerjaan, pendidikan, biasiswa DAN SEBAGAInya, di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ :

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

    Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

    Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

    (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini……

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. mcm kat singapore ............. sikit sikit melayu dihapuskan akhirnya balik kemalaysia tapi melayu selangor nak kemana?

    ReplyDelete
  4. Bila Umno dilemahkan olih Melayu Islam sendiri maka inilah akibatnya........alahai Melayu.....bebal engkau makan diri engkau sendiri nampaknya.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.