Monday, June 23, 2014

Keputusan 4:3: Satu Hakim Islam Menyokong Bersama Hakim Kafir


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim, di dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini.

Beliau berkata itu adalah keputusan majoriti yang dipersetujui oleh empat hakim termasuk dirinya.

Ini bermakna, keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald, terpakai dan gereja itu tidak boleh lagi mengemukakan rayuan.

Hakim-hakim yang bersidang:

  • Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria
  • Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif
  • Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin
  • Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum
  • Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar
  • Datuk Zainun Ali 
  • Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Datuk Zainun Ali dikatakan menyokong supaya Kalimah Allah digunakan oleh Gereja Katholik dalam akhbarnya The Herald.

5 comments:

  1. Apo nak dikato, saya masih ingat masa Augerah Tuhan sibuk buat reformasi tahun 1998 dulu dia claim YA Zainun ini adalah sahabat dia. Masih sahabat lagikah?

    ReplyDelete
  2. He,,he,,he, wajahnya pun macam saudara sesusuan dengan Anwar Ibrahim!

    Biarlah! kita tidak boleh memberi kefahaman agama Islam pada semua orang!

    ReplyDelete
  3. Apa jadi ye orang islam/Melayu malaysia akan datang..jika ha...nya seperti ini...sebab itu kita perlukan loyer/hakim dan berkemahiran perundangan yang bersemangat islam. Un dang ciptaan manusia bukan lah perfect...tetapi siapa yang tafsirkannya..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kpd Than Hakim yg berugama Islam. Nasib Spesis tak bertudung Satu Kalau tak Hancur....

    ReplyDelete
  5. Pandai-pandai mengkapirkan orang...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.